KRISIS DIPLOMATIK MALAYSIA – KOREA UTARA PERLU DIJELASKAN KEPADA DEWAN

Ketidaksegeraan Speaker Dewan Rakyat Pendikar Amin Mulia untuk memenuhi permintaan Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail (foto) untuk mendapat penjelasan kerajaan mengenai ketegangan hubungan Malaysia – Korea Utara menunjukkan Speaker tidak mempunyai kata pemutus berhubung hal-hal sepenting itu mengikut budi bicaranya.
Sikap Pendikar Amin itu menjelaskan kedudukannya sebagai Speaker yang bebas meleset sebaliknya menyerlahkan beliau masih terikat dengan nada dan arahan Perdana Menteri.

Seperti kata Dr Wan Azizah, Pendikar Amin mengambil maklum tetapi tidak dapat memutuskan bila masa untuk mengarahkan wakil kerajaan (PM) memberi taklimat berkaitan perkara itu.

Pendikar Amin menjadikan ketiadaan Menteri Luar Anifa Aman sebagai alasan.
Memandangkan situasi dan hubungan diplomatik Malaysia – Korea ketika ini tegang wajar kalau Speaker meminta pihak kerajaan memberi taklimat kepada ahli Parlimen seperti mana diminta Dr Wan Azizah itu. Jika pun Menteri Luar tidak ada, tetapi Menteri Dalam Negeri (Zahid Hamidi) masih ada.

Wan Azizah hari ini bertemu Pendikar Amin bersama Ketua Whip PKR, Johari Abdul dan Pengarah Komunikasi Amanah, Abdul Khalid Samad.

Benar kata Dr Wan Azizah wakil rakyat perlu mendapat penjelasan mendalam kedudukan apa yang berlaku itu untuk membolehkan mereka memahami keadaan sebenarnya, apa lagi apabila menyentuh mengenai masalah itu dalam ucapan mereka, mereka tidak bercakap di luar konteks apa sebenar yang berlaku di mana boleh menjejaskan imej kerajaan.

Ahli parlimen sangat memerlukan maklumat itu kerana mereka tentu akan disoal dan ditanya oleh rakyat di kawasan mereka. Hari ini isu ketegangan Malaysia – Korea Utara sudah mula merebak ke hingga ke bawah.

Sekiranya permintaan Ketua Pembangkang itu dilengah-lengkahkan ia akan memberi kesan buruk kepda kerajaan juga. Orang ramai akan beranggapan kerajaan seakan mahu menyembunyikan kasus sebenar (sesuatu) di sebalik ketegangan itu dan menyimpan motif tertentu.

Apa dibimbangkan “krisis diplomatik” itu akan dieskploitasikan untuk kepentingan politik, di mana kalau ini terjadi ia memburukkan keadaan.

Sekiranya ini berlaku janganlah selepas ini pihak kerajaan, khasnya Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi akan menyalahkan pembangkang dengan menuduh cuba mempolitikkan “krisis diplomatik” itu untuk kepentingan politik.

Kita berharap paling lewat Isnin hadapan Spekaer akan meminta pihak kerajaan memberi penjelasan kepada Dewan berkaitan krisis diplomatik berkenaan. Hormatlah kewujudan pembangkang juga adalah untuk kebaikan negara.

Kerajaan atau Najib tidak boleh mengambil jalan mengatasi masalah itu bersendiran atau pun dari minda kerajaan semata-mata (Umno – BN) kerana kesan daripada krisis diplomatik itu melibatkan semua rakyat. Ia harus dikongsikan dengan semua pihak termasuk pembangkang.

Krisis itu perlu segera dilengsaikan. Apa lagi ekoran krisis berkenaan seramai 11 warga negara kita berada di Korea Utara yang dijadikan tebusan sebagai membalas dendam atas tindakan kita mengusir Duta mereka dalam tempoh 48 jam.

Dalam pada itu apa salahnya kalau parti agama yang menunjukkan keakraban dengan parti kerajaan menganjurkan solat hajat dan munajat agar krisis diplomatik itu tidak merebak dan membesar. Untuk wakil mereka berjumpa dengan Speaker seperti mana dilakukan Dr Wan Azizah (PKR) dan Khalid Samad (Amanah) mungkin tidak mampu, kerana eham..eham…

– http://msomelayu.blogspot.my

.