KRISIS DIPLOMATIK MALAYSIA & KOREA UTARA – PANDANGAN PEGUAM

1. Sejak tercetusnya isu kematian KIM JONG NAM @ KIM CHOL di KLIA 2 pada 13.02.2017, Rakyat Malaysia telah pada kadar harian, disajikan dengan pelbagai laporan, antara lain, berkaitan siasatan, punca kematian, penglibatan suspek, serta respons dan tuntutan pihak KOREA UTARA berkaitan mayat si-mati serta cabaran terhadap bedah siasat mayat si-mati, sehinggalah pertuduhan 2 wanita di Mahkamah berkaitan kematian ini yang telah diklasifikasikan oleh pihak berkuasa MALAYSIA, sebagai kes BUNUH DENGAN NIAT di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

2. Lanjutan daripada itu, MALAYSIAKINI pada 05.03.2017 telah melaporkan di bawah tajuk “Malaysia usir Duta Korea Utara” bahawa :

“Wisma Putra mengusir Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol.
Tindakan tersebut diambil selepas beliau gagal hadir ke Wisma Putra pada pukul 6 petang, semalam (04.03.2017) walaupun dipanggil untuk menjelaskan kenyataan beliau terhadap Malaysia sebelum ini.”

3. Laporan media massa lanjut, telah mengesahkan bahawa Duta Korea Utara itu telah meninggalkan Malaysia sebelum tamat tempoh masa yang diberi Malaysia, pada hari Isnin, 06.03.2017.

4. Sebagai reaksi balas, MALAYSIAKINI pada 07.03.2017 telah melaporkan di bawah tajuk “Korea Utara larang rakyat Malaysia tinggalkan negara” telah menyatakan :

“Pyongyang mengumumkan larangan sementara kepada semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu untuk memastikan keselamatan para diplomat dan rakyat Korea Utara yang masih berada di Malaysia.”, dan

“Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika ditemui oleh pemberita di lobi parlimen berkata terdapat 11 rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara.”

5. Pada hari yang sama, 07.03.2017, MALAYSIAKINI telah melaporkan di bawah tajuk “Najib arah sekat warga Korea Utara keluar Malaysia”, dengan memetik Perdana Menteri NAJIB RAZAK sebagai berkata :

“Saya juga mengarahkan ketua polis negara melarang semua rakyat Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara ini sehingga kita dapat memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di Korea Utara … “

6. Daripada petikan-petikan di atas, apa yang nampaknya jelas adalah perhubungan diplomatik antara MALAYSIA – KOREA UTARA sedang melalui keadaan yang tegang, dan ditambah pula dengan keselamatan 11 warga MALAYSIA di Pyongyang menjadi isu penting yang perlu diambilkira.

7. Di tahap ini, sebagai Rakyat Malaysia, saya percaya kesemua pihak terbabit tidak seharusnya mula menuding jari mencari “kambing hitam” untuk dipersalahkan berhubung permasalahan antarabangsa ini, kerana perkara yang jauh lebih penting adalah untuk cuba memberi ruang kepada kesemua pihak berkenaan mencari jalan penyelesaian sebenar, untuk memelihara KEDAULATAN negara tercinta ini, serta KESELAMATAN kesemua warga MALAYSIA di sana, dan di sini !!

8. Pada masa yang sama, pihak berkuasa negara juga hendaklah mengambil pendirian terbuka untuk menerima CADANGAN-CADANGAN yang MATANG daripada mana-mana sektor Rakyat, tanpa mengambilkira pegangan politik mahupun pendirian peribadi pihak tersebut, supaya jalan penyelesaian yang terbaik dapat dikenalpasti !!

9. Untuk perkara ini, saya cadangkan dengan penuh objektif DEMI NEGARA TERCINTA bahawa, satu proses MEDIASI dengan KOREA UTARA perlu diambil, supaya ketegangan ini dapat diselesaikan dalam keadaan ” ‘WIN-WIN’ situation ” untuk kesemua pihak, cadangan yang mana adalah seperti berikut :

(a) Kerajaan MALAYSIA hendaklah menghubungi Kerajaan KOREA UTARA. samada secara sendiri, melalui pihak yang dipercayai berwibawa, ataupun sesepihak orang tengah dari negara pihak ketiga yang mempunyai hubungan baik dengan KOREA UTARA, untuk menjemput pengadaan proses MEDIASI pada kadar segera di satu tempat rundingan neutral dengan pihak lantikan KOREA UTARA.

(b) Semestinyalah MALAYSIA perlu berpegang kepada HAK MALAYSIA untuk menjalankan mana-mana proses siasatan lanjut terhadap mayat si-mati bagi tujuan pendakwaan terhadap suspek yang telah dituduh, serta proses pengenalan dan pengecaman rasmi identiti si-mati, dengan mengambil kira imuniti yang dipegang oleh delegasi kedutaan KOREA UTARA daripada dikenakan mana-mana siasatan ataupun pendakwaan menurut peruntukan Perkara 31 dan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan di bawah “VIENNA CONVENTION ON DIPLOMATIC RELATIONS 1961”.

(c) Pada masa yang sama, KEKHUATIRAN dan HAK KOREA UTARA, untuk diberi peluang menampilkan mana-mana bukti, ataupun untuk menentukan tiada kehilangan mana-mana bukti, yang mungkin membantu KOREA UTARA untuk menidakkan tuduhan antarabangsa akan penglibatan kerajaan KOREA UTARA dalam kematian si-mati, juga hendaklah diHORMATI dan diberi KEPENTINGAN yang sama.

(d) Bagi tujuan tersebut, dan tidak berlawanan dengan prinsip undang-undang MALAYSIA, pihak berkuasa MALAYSIA berhak membenarkan kehadiran pakar perubatan dan bio-kimia yang dilantik KOREA UTARA, untuk sama-sama menjalankan ujian-ujian yang perlu untuk memuaskan hati kesemua pihak terhadap bahan bukti pada mayat si-mati, ataupun objek lain yang berkaitan, dan selanjutnya untuk mengelakkan mana-mana pertuduhan lanjut, maka proses perjalanan ujian-ujian tersebut hendaklah dirakamkan secara audio-visual yang lengkap, dengan salinan-salinan asal yang perlu, diserahkan kepada kedua-dua pihak berkuasa MALAYSIA dan KOREA UTARA, untuk tindakan lanjut masing-masing.

(e) Dengan cara ini “WIN” bagi MALAYSIA adalah kebolehan menyelesaikan segala siasatan yang perlu di sisi undang-undang untuk menyelesaikan penyiasatan ke arah memperolehi pendakwaan yang berjaya di Mahkamah, terhadap mana-mana suspek yang terlibat, menurut HAK dan TANGGUNGJAWAB MALAYSIA, iaitu negara di mana kematian itu berlaku !!

(f) Dengan cara ini juga. “WIN” bagi pihak KOREA UTARA adalah kebolehan KOREA UTARA untuk perolehi apa-apa maklumat dan bahan yang perlu, untuk KOREA UTARA cuba buktikan bahawa Kerajaan KOREA UTARA secara langsung tidak terlibat dalam kematian si-mati, jikapun ada sekiranya penglibatan mana-mana Rakyat KOREA UTARA, ianya adalah dalam kapasiti peribadi Rakyat KOREA UTARA itu, yang mana adalah HAK KOREA UTARA berhubung cubaan untuk pelihara kredibiliti negara itu, di mata antarabangsa !!

(g) Untuk proses MEDIASI ini perolehi kejayaan, kedua-dua pihak,iaitu MALAYSIA dan KOREA UTARA tidaklah boleh mengambil pendirian sempit untuk memelihara HAK sendiri, tanpa mengambilkira HAK pihak yang satu lagi, yang boleh dilaksanakan tanpa perlu kompromi HAK masing-masing dalam isu kematian si-mati itu !!

(h) Dalam keadaan itu, semestinyalah KESELAMATAN dan KESEJAHTERAAN Rakyat kedua-dua pihak di negara masing-masing, dapat diselesaikan, dan Rakyat Malaysia di sana bolehlah kembali ke MALAYSIA, serta Rakyat KOREA UTARA yang berhak kepada imuniti dari siasatan dan pendakwaan, di bawah undang-undang antarabangsa pun bolehlah dibenarkan kembali ke KOREA UTARA !!

HANIF KHATRI ABDULLAH.

–¬†http://shahbudindotcom.blogspot.my

.