KOTA PURBA DITEMUI DI MESIR

KAHERAH – MESIR. Ahli arkeologi Mesir menemui kota purba iaitu apa yang mereka sifakan sebagai bandar yang bermula sejak 7,000 tahun yang mempunyai rumah, perkakas, tembikar dan kubur besar.

Kota purba itu terletak di tepi sungai Nil, berhampiran Kuil Seti Pertama di Abydos.

Pakar berkata, saiz 15 kubur baru ditemui menunjukkan kedudukan sosial tinggi berdasarkan orang yang dikebumikan.

Adalah dipercayai bandar adalah rumah kepada pegawai-pegawai penting dan pembina kubur dan berkembang pada awal era zaman Mesir purba.

Pakar berkata, penemuan itu boleh menjadi rangsangan bagi industri pelancongan selepas Mesir dibelenggu kemelut sejak Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada tahun 2011.

Ahli-ahli arkeologi telah membuat pelbagai penemuan di bandar baru termasuk bangunan, serpihan tembikar dan alat-alat yang diperbuat daripada logam dan batu.

Pegawai dipetik dalam Mesir bebas berkata penemuan itu dibuat oleh misi arkeologi yang dimiliki oleh Kementerian Antikuiti di negara ini, dan bukan kumpulan asing.

SINAR HARIAN

.