KONVENSYEN FELDA, 19 MARCH 2017, DEWAN JUBILEE PERAK SULTAN ABDUL AZIZ, SHAH ALAM

Saya mahu beri komen sedikit mengenai bantahan FELDA keatas konvensyen FELDA yang dianjurkan oleh pakatan harapan pada hujung minggu ini. Datanglah beramai ramai ke dewan Jubilee Perak Sultan Abdul Aziz Shah, di Shah Alam Selagor. Pada 19hb March ini. Dengar jangan tak dengar. Ini konvensyen mengenai isu2 yang berkaitan FELDA.
Bantahan tersebut dibuat oleh pengarah urusan/ketua eksekutif FELDA- Hanapi Suhada. Kononnya, konvensyen ini akan mengacau keharmonian dan kebajikan warga FELDA. Warga Felda akan berbalah sesama sendiri, pendapatan mereka akan diambil oleh penganjur konvensyen. Agaknya, demikian lah naratif nya.
Saya meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh Hanapi Suhada. Tidak ada pun menyebut keberadaan Lim Kit Siang atau DAP sebagai musuh hakiki. Ini pasti tambahan dari macai pemberita dan team propaganda UMNO dan kerajaan yang memerintah.
Konvensyen ini di mulakan oleh beberapa ahli parlimen parti pembangkang- terdiri dari MP2 dari PPBM, PKR, Amanah dan DAP. Ia disertai juga oleh pertubuhan anak FELDA- ANAK dan INVOKE pimpinan YB Rafizi Ramli. Malah INVOKE dan YB Rafizi lah pencetus idea konvensyen ini. Publict spiritedness nya tidak luntur.
Kebetulan, ANAK mempunyai lebih legitimasi dari pertubuhan yang dibentuk oleh ahli2 UMNO- kami anak FELDA atau KAF. Timbalan pengerusi KAF ialah Dato Mohd Sahfri Abdul Aziz, bekas exco negeri Pahang. Berlainan dengan ANAK- KAF lebih berbentuk organisasi dimana pemimpin2 UMNO yang diketepikan berteduh dan berkelana untuk kekal relevan. Warga FELDA lebih berbaloi menyertai ANAK dari KAF.
Saya sudah menjawab perkara2 kurang rasional dan berbaur rasis oleh Dato Mohd Sahfri. Mari kita beri beberapa instruksi kepada Hanapi Suhada pula.
Hanapi Suhada mesti sedar bahawa MP mempunyi tanggungjawab bercakap dan membangkitkan isiu2 yang melanda institusi yang dibentuk oleh kerajaan. Secara teknikal MP pembangkang pun ahli kerajaan- kerajaan menanti dan akan mengganti. Disamping itu, Hanapi Suhada mesti faham konsep kerajaan yang memerintah. Secara implikasi nya, yang tidak memerintah pun sebahagian dari institusi kerajaan. Ia nya memberi kita hak untuk bercakap keatas segala institusi dibawah jagaan kerajaan.
Semua institusi yang diujudkan oleh kerajaan tertakluk kepada prinsip accountability. Semua nya menjawab kepada kerajaan yang memerintah, kerajaan yang menanti dan kepada semua anggota masyarakat yang public spirited yang mahu menyatakan sesuatu mengenai institusi2 tersebut. Mereka tidak menanti mendapat kebenaran dari FELDA. Selagi FELDA itu dibiayai oleh wang rakyat melalui kerajaan yang memerintah, ia tertakluk kepada prinsip accountability. Public accountability ada sekatan yang mujarrab keatas perbuatan salah laku.
FELDA tidak terkecuali dari prinsip akauntabiliti ini. Banyak isiu yang melanda FELDA kalau tidak dibangkitkan oleh parti pembangkang akan didiamkan malah disembunyikan. Maka adalah menjadi tugas dan tanggung jawab parti pembangkang membawa isiu FELDA kepada perhatian rakyat.
Atas otoriti apa FELDA mahu membantah diperkata oleh orang awam apatah lagi oleh MP2? Jangan beritahu kita, kita tidak boleh bercakap mengenai FELDA kerana FELDA rasa tidak suka?
Jika demikian, tidak ada orang boleh membongkar isiu 1MDB kerana 1MDB pun tidak pernah memberi kebenaran kepada sesiapa untuk membongkar salah laku yang berlaku dalam 1MDB. Demikian juga, tidak ada orang boleh bercakap mengenai MAS kerana MAS pun tidak memberi kebenaran kepada sesiapa membongkar salah laku dalam MAS. PKFZ pun demikian juga.
Jika Hanapi Suhada mahu tahu, pemberi kuasa kepada pembangkang atau MP2 atau mana2 public spirited individual untuk bercakap dan mengkritik FELDA, ialah prinsip pertanggung-jawaban. Prinsip ini bukan hak milik FELDA.
Bagaimana kita mahu tahu jika FELDA ada melakukan keburukan, rasuah, pencurian wang, jika percakapan mengenai perkara2 ini dihalang?
Hanapi Suhada kata warga FELDA akan keliru. Itu tanggapan oleh Hanapi Suhada sahaja yang menganggap warga FELDA ini jahil dalam membaca yang tersirat dari akhbar, berita2 TV dan tulisan internet. Bahkan warga FELDA meyambut baik inisiatif yang dilakukan oleh beberapa parti pilitik, bersama AMANAH dan INVOKE untuk mengangkat kesadaran mengenai FELDA dikalangan rakyat Malaysia.
Nama FELDA telah digunakan untuk melakukan beberapa jinayah ekonomi. FELDA memaksa KPF melepaskan pegangan 51% dalam FELDA Holdings dan segala asset disana. KPF telah mendapat imbuhan one off sebanyak RM2 billion. Kemudian pengerusi FELDA ketika itu, memaksa KPF yang ada wang membeli ladang dari Sarawak pada harga RM1.2 billion. Sedangkan harga dalam pasaran ketika itu sekitar RM800 juta.
Jka perkara ini tidak didedahkan, bagaimana warga FELDA hendak tahu apa berlaku keatas imbuhan RM2 billion setelah melepaskan 51% dalam FELDA Holdings?
Ada pihak menggunakan nama FELDA untuk mengekalkan warga FELDA sebagai seberhutang yang akan mati meninggalkan hutang. Ada pihak menggunakan nama FELDA untuk menjual asset yang paling berharga- yakni tanah untuk ditukar kepada saham yang diperdagangkan dalam pasaran ala kasino dan tidak menentu harga nya.
Parti pembangkang bukan mencetuskan huru hara. Mereka hanya menawarkan pencerahan dan penerangan mengenai isiu2 yang melanda FELDA, peneroka dan warga FELDA. Waga FELDA mempunyai hak mendengar pendedahan masaalah yang mereka hadapi dan mendengar jalan penyelesaian.
Janganlah mengekalkan warga FELDA sebagai penghuni pulau yang tidak terkesan oleh rejim pemerintahan kerajaan yang tidak baik. Masaalah yang dihadapi oleh warga FELDA- sama sahaja seperti rakyat bukan felda- yakni bernaung dibawah kerajaan yang hari demi hari menunjukkan ia tidak peduli kepada hak rakyat.
Janganlah FELDA berselindung dengan tuduhan bahawa konvensyen ini dikepalai dan dirancang oleh DAP. DAP mewakili semua rakyat Malaysia yang benci akan rasuah, benci akan kepimpinan kerajaan yang korap, anti kepada kerajaan yang membuasi rakyat dan menindas mereka. Parti2 pembangkang semua nya mendukung dan berpegang kepada prinsip pertanggungjawaban atau accountability setiap institusi kerajaan. Jika ia tidak mahu menjawab kepada kerajaan yang memerintah, ia masih kena menjawab kepada kerajaan yang menanti.

–¬†http://sakmongkol.blogspot.my

.