KONTROVERSI KONTROVERSI ZAHID TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU

KUALA LUMPUR – Kontroversi membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini adalah isu peribadi.

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah berkata, pertelingkahan membabitkan dua tokoh politik ini ditimbulkan kerana PRU14 semakin hampir.

“Ini adalah masalah peribadi masing-masing dan tidak sepatutnya timbul.

“Saya rasa, ini semua berlaku sebab nak pilihan raya sahaja,” katanya pada Jamuan Rakyat Anak Kelantan 2017 di Istana Budaya, semalam.

Ditanya adakah Ahmad Zahid dan Mahathir perlu bersumpah laknat bagi ‘membersihkan diri’, beliau berkata, itu adalah pilihan masing-masing sama ada untuk melakukannya atau sebaliknya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Gua Musang itu mengingatkan rakyat supaya tidak terlalu terikut-ikut dengan isu melibatkan ahli politik berkenaan.

– SH

.