KONFLIK MUKHRIZ – BN: PAS TAK AKAN BAGI MUKA

SHAH ALAM – Pas hari ini menegaskan tidak akan ‘memberi muka’ terhadap BN mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kedah.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan adanya konflik antara BN dan dengan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ia akan membuka jalan mudah untuk Pas menawan negeri itu pada PRU akan datang.

“Kedah antara negeri yang kita fokus. Dengan kekuatan jentera parti, mungkin kita akan dapat sokongan daripada pengundi.

“Saya kira konflik antara BN dan Mukhriz membuka mata untuk memilih Pas,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Mukhriz baru-baru ini mengaku berdepan kesukaran menawan kembali Kedah.

Bagaimanapun, katanya, usaha untuk menawan kembali negeri itu akan diperkukuh dan dilipat gandakan meski sedar yang Kedah kini berada di tangan BN.

Menurut Mukhriz, antara kesukaran yang terpaksa ditempuhi pihak Bersatu termasuk kesukaran untuk mendapatkan tempat untuk berceramah dan berkempen di negeri itu.

– Sinar Harian

.