‘K’JAAN AKAN GUNA SUKUK AMBIL ALIH EAGLE HIGH’

Putrajaya berkemungkinan akan menjadi penjamin ke atas bon Islam – sukuk yang akan diterbitkan tidak lama lagi bagi membolehkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membiayai pengambil-alihan dalam kepentingan PT Eagle tinggi Plantations Tbk (EHP) dari Indonesia.

Menurut StarBiz, kebanyakan dana institusi merupakan pihak yang berkemungkinan untuk melanggan bon dengan mandat untuk membeli bon bertaraf tinggi, seperti produk yang mendapat sokongan kerajaan.

Bon-bon sukuk tersebut akan menyediakan separuh daripada harga pembelian RM2.26 bilion yang diperlukan Felda untuk mengambil alih 37 peratus kepentingan dalam EHP. Kata StarBiz lagi, separuh lagi akan dibiayai dengan memohon pinjaman dari bank-bank Eropah.

“Terbitan sukuk mungkin diumumkan seawal akhir bulan Januari. Hutang itu akan dibayar denngan menggunakan aliran tunai yang terjana daripada aset-aset Felda Investment Corp (FIC),” ujar sumber yang dipetik oleh StarBiz.

Felda baru-baru ini memeterai perjanjian yang akan menyaksikan anak syarikat FIC Properties Sdn Bhd memperoleh pegangan dalam EHP dan menerima kritikan ekoran tahap harga perolehan premium untuk kepentingan bukan kawalan.
Harga pembelian yang dicadangkan adalah lebih kurang 580 rupiah sesaham iaitu lebih dua kali ganda nilai saham EHP di pasaran terbuka. Saham EHP ditutup pada harga 248 rupiah sesaham semalam.

EHP adalah penanam kelapa sawit ketiga terbesar di Indonesia yang dikawal oleh Rajawali Group, entiti perniagaan milik hartawan Peter Sondakh yang dikatakan individu yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

– M’kini

.