KJ NAFI DAKWAAN ANWAR BAHAWA DIRINYA KE

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau menganggap dirinya sebagai ‘kebal’.

Tampil di kandang saksi buat kali kedua dalam saman Anwar terhadapnya kerana dakwaan memfitnah, Khairy memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau juga tidak mempunyai sebarang pejabat di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2008.

“Saya menafikan dakwaan bahawa saya menganggap diri sebagai kebal. Saya juga tidak mempunyai sebarang pejabat di tingkat empat,” katanya ketika disoal oleh peguambelanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Semalam, Anwar dalam keterangannya di mahkamah mendakwa Khairy selaku Ketua Pemuda Umno, menganggap dirinya kebal daripada sebarang tindakan kerana beliau adalah menantu Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika kejadian sembilan tahun lalu.
Ketika menjawab soalan daripada peguam Anwar, Sivarasa Rasiah, Khairy berkata beliau berkhidmat dengan Abdullah selama kira-kira setahun.

Katangnya, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Sulit kepada Abdullah pada tahun 2003 dan berkhidmat selama setahun.

– http://www.malaysiakini.com/

.