KIT SIANG PILIH WARIS KIM HOCK

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang melantik anak mendiang Kerk Kim Hock sebagai setiausaha politiknya yang baru.

Pengumuman pelantikan Kerk Chee Yee itu dibuat Lim di depan kira-kira 250 orang yang menghadiri majlis memperingati Kim Hock di Kuala Lumpur malam ini.

“Ini adalah kali pertama saya mempunyai gandingan bapa dan anak yang bekerja untuk saya,” katanya secara berjenaka di majlis yang diisi sebahagian besarnya dengan suasana sedih.

Chee Yee, 25, adalah bekas graduan perdagangan Universiti Melbourne.

Ditemui media selepas itu, Chee Yee berkata, dia terkejut dengan pengumuman dibuat Kit Siang.

“Saya tak tahu dia akan meminta saya menyertainya. Saya seperti anda yang terkejut, tetapi saya akan cuba yang terbaik dan berkhidmat kepada parti,” katanya.

Kim Hock, 61, meninggal dunia pada 9 Ogos lalu akibat pendarahan dalaman di otak selepas menjalani pembedahan

Pernah terpilih sebagai anggota parlimen Kota Melaka antara 1999 hingga 2004, Kim Hock juga menjadi anggota dewan undangan negeri Pasir Pinji.
Bagi tempoh menjadi wakil Kota Melaka Kim Hock turut berkidmat sebagai setiausaha agung DAP mulai 1999 hingga 2004 bagi menggantikan Kit Siang. Selepas berundur tempat itu diisi pula oleh Lim Guan Eng.

Turut hadir di majlis malam ii ialah pemimpin DAP termasuk naib presiden Teresa Kok dan Guan Eng. Wakil parti lain termasuk Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PRK Saifuddin Nasution Ismail.

– M’kini

.