KIT SIANG DICABAR TANDING DI PULAU PINANG

KETUA Parlimen DAP, Lim Kit Siang dicabar bertanding di salah satu kerusi parlimen di Pulau Pinang pada PRU akan datang.

Cabaran itu dibuat oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow yang meminta pemimpin veteran DAP itu meninggalkan Gelang Patah untuk memberanikan diri berdepan pengundi di Pulau Pinang.

“Saya harap Kit Siang jangan cuba datang secara senyap-senyap ke Pulau Pinang. Datanglah ke Pulau Pinang untuk diadili oleh rakyat negeri ini,” kata Chang Yeow seperti dipetik dalam Sin Chew Daily.

Katanya, ketika PRU 1986 dan 1990, Kit Siang hanya muncul di pusat pencalonan di saat-saat akhir sekali gus menamatkan tanda tanya kepada pihak lawan.

“Sekalipun Kit Siang ingin tanding di Pulau Pinang, Gerakan tidak pernah gentar untuk menghadapi cabarannya. Ini kerana Gerakan mempunyai rekod yang baik dengan mengalahkan ramai pemimpin DAP termasuk mendiang Karpal Singh.

“Selagi rakyat memberikan peluang kepada kami, kami akan buktikan bahawa kami mampu kalahkan DAP,” kata Chang Yeow lagi.

SINAR HARIAN

.