Kim Kardashian Dirompak

LOS ANGELES – Bintang realiti televisyen Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian dilaporkan menjadi tahanan sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata di bilik hotelnya pada Ahad.

Menurut jurucakap selebriti itu, Ina Treciokas, Kardashian berada di Perancis untuk menyertai pertunjukan fesyen di Paris bersama ibunya, Kris Jenner dan dua beradiknya, Kourtney Kardashian dan Kendall Jenner.

“Dua lelaki bertopeng yang menyamar sebagai anggota polis itu turut mengacukan pistol ke arah Kardashian.

“Kardashian ternyata ketakutan akibat kejadian itu tetapi tidak dicederakan,” katanya.
Polis Paris mengesahkan kejadian itu sebagai rompakan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Suami Kardashian, Kanye West tiada bersama ketika kejadian kerana mengadakan konsert di New York.

– REUTERS

.