KHAIRY: SPEKULASI PELANTIKAN HISHAM TIADA ASAS DAN LUCU

Spekulasi mengenai pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri adalah tidak berasas dan melucukan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

“Semua spekulasi itu, sama ada ya atau bukan spekulasi melibatkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), Timbalan Perdana Menteri (Ahmad Zahid Hamidi), dan pemilihan Umno akan datang adalah jelas tidak berasas, kerana kita semua menyokong pelantikan itu.

“Kita perlu pasukan kepimpinan kanan yang kuat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Dalam Umno kita agak geli hati dengan semua spekulasi dan analisis yang kamu buat,” kata Khairy pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Najib pada Rabu lalu membuat pengumuman mengejutkan bahawa Hishammuddin kini mempunyai portfolio tambahan selain terus memegang portfolio pertahanan.

Ini mencetuskan spekulasi bahawa Najib cuba untuk meningkatkan profil Hishammuddin, mungkin untuk menggantikannya dengan Zahid.

Terdapat juga spekulasi bahawa Hishammuddin diberikan ‘bantuan’ untuk memastikan kedudukannya sebagai naib presiden pada pemilihan parti Umno akan datang tidak tergugat.

Hishammuddin hampir tewas jawatan naib presiden Umno pada tahun 2013. Beliau hanya menang dengan kelebihan 100 undi bahagian, hanya sembilan melebihi Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

MKINI