KHAIRY: PEMIMPIN PEMBANGKANG KENA MAIN DENGAN MAHATHIR

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyindir bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana dianggap sebagai berjaya memperalat ramai orang dalam Himpunan Bersih 5 semalam.

Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan berkata, semua mereka yang terlibat dalam himpunan itu telah ‘dimain hidup-hidup’ oleh Mahathir.

“Tahniah Tun M, kerana berjaya menjadikan himpunan Bersih sebagai kuda tunggangan untuk platform kamu.

“Saya lihat pemimpin pembangkang semua kena main secara ‘totallah’ dengan Tun M mungkin seni politik dia lebih canggih daripada pemimpin pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas upacara Konvensyen Anak Muda Bandar 2016 di Institut Latihan Dewan Bandar Tun Razak, hari ini.

Khairy berkata demikian bagi menggulas mengenai penglibatan Mahathir dalam himpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu Mahathir yang pada awalnya dijangka tidak akan menghadiri himpunan itu bagaimanapun membuat kejutan apabila hadir bersama anaknya Datuk Seri Mukhriz beserta Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke himpunan itu.

Dalam pada itu, Khairy berkata, mereka yang selama ini, yang anti kepada Mahathir turut dipergunakan.

“Secara tak sedar dan semua peserta Bersih yang selama ini menentang Mahathir tetapi semalam Tun M telah mainkan mereka,” katanya lagi.

SINAR HARIAN

.