KHAIRY MAHU TINGGALKAN PEMUDA, JIKA PRESIDEN IZIN

PUTRAJAYA, 3 Dis -- Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ketika ditemubual di pejabatnya semalam. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin mahu meninggalkan Pergerakan Pemuda Umno yang diketuainya.

Memimpin sayap Umno itu sejak dua penggal lalu, beliau berharap Presiden Datuk Seri Najib Razak membenarkan beliau melepaskan jawatan itu, lapor Utusan Online

Namun pemimpin yang bakal menginjak usia 42 tahun, enggan mendedahkan “destinasinya” jika melepaskan jawatan tersebut kerana menganggap “tidak penting”.

“Saya daripada dulu sudah kata saya cenderung meninggalkan Pemuda selepas penggal ini. Saya mahu sediakan barisan yang boleh menggantikan saya.

“Destinasi saya ke mana selepas ini tidak penting. Soal pemilihan parti kita bincang selepas pilihan raya,” katanya.

Khairy, juga menteri belia dan sukan berkata Pemuda memerlukan pemikiran yang segar untuk terus mara.

– Malay Mail

.