KHAIRUDDIN KELUAR BERSATU, MAHU TUMPU PADA KES MAHKAMAH

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, seorang penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan keluar dari Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU).

Pengumumannya itu, yang dibuat melalui satu kenyataan, dilihat sebagai satu kejutan kerana beliau telah berulang kali berkata tidak akan menyertai parti itu, dan oleh itu, tidak jelas bila sebenarnya beliau menyertai BERSATU.

Khairuddin menjelaskan bahawa tindakannya itu adalah untuk membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuh masa untuk menghadapi kes-kes mahkamahnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nasihat perpisahan Khairuddin untuk BERSATU adalah ia tidak seharusnya menjadi satu lagi Umno.

“Secara jujur dan ikhlas semua pemimpin dan ahli parti BERSATU tidak boleh berpuak-puak dan jangan sama sekali menyerapi budaya serta amalan buruk Umno ke dalam BERSATU,” katanya.

Beliau menggesa ahli BERSATU untuk bersatu hati dan setia kepada kepimpinan parti itu.

Khairuddin berkata segala jemputan dan program ceramah bakal dihadirinya atas kapasiti peribadi dan bukan di atas platform ahli BERSATU lagi.

MKINI

.