KETUANAN MELAYU DALAM PERKONGSIAN KUASA DAN FOBIA DAP

Keretakan hubungan antara Perdana MenterI Pertama Tunku Abdul Rahman dengan Tun Mahathir ialah kerana perbezaan nilai kuasa orang China ke atas negara  yang berketuanan Melayu. Tunku berpegang kepada keyakinan biar orang China berniaga dan orang Melayu menjadi raja buat selamanya.
Keyakinan Tunku ini berasaskan kuasa tentera dan polis tetapi  Mahathir berpandangan orang Melayu tidak berkuasa tanpa penguasaan ke atas ekonomi.
Walaupun beliau disenangi oleh bukan Melayu dengan sikap liberal dan demokratiknya tetapi keyakinan tersembunyi  Tunku   terserlah dalam masa pergaduhan kaum 13 Mei 1969 yang boleh dibaca maksudnya  dalam  The Reluctant Politician oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman (muka 191).
Tunku telah memanggil mesyuarat beberapa orang Menteri Kanan Kabinet yang disertai juga oleh  bukan Menteri Kabinet iaitu  Tun Ismail dan Hussein Onn, Panglima Angkatan Tentera General  Ibrahim Ismail dan  Ketua Polis Negara.
Dalam mesyuarat ini Tunku menyatakan hasratnya supaya tentera mengambil alih pemerintahan negara  tetapi General Ibrahim sendiri sebagai Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia tidak bersetuju. Katanya ” If you do that I cannot guarantee (That I will) be able to hold back the members of the Armed Forces and officers who might take over control of Goverment”.(lihat muka 191)
Orang yang menyekat Tunku daripada menyerahkan kuasa kepada tentera ialah Tun Ismail yang memberi ingatan kepada Tunku “Once you do that you won’t get it back( The Star2 Ogos 2004) sebaliknya beberapa hari kemudian Majlis Tindakan Negara ditubuhkan dengan Tun Razak  sebagai pengarahnya untuk menenang keadaan dan membawa kembali negara kepada demokrasi.
Mendiang Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura sendiri pernah menyatakan bahawa Malaysia tidak akan jatuh ketangan pembangkang dalam suatu jangka masa yang panjang.
UMNO sekarang menakutkan orang Melayu tentang  kuasa Melayu akan hilang  sekiraya Pakatan Harapan berkuasa kerana kemungkinan  DAP akan memenangi kerusi terbanyak. Mereka menjadikan DAP sebagai fobia kepada orang Melayu.
Mahathir tidak mengganggu FELDA warisan suci dan agung hasil  sosialmobility yang dicipta dan dijayakan oleh Tun Abdul Razak tetapi telah diporakperandakan oleh tangan anaknya sendiri. Mahathir sebaliknya mengeksploitasi tenaga profesional Melayu yang dihasilkan oleh DEB termasuk dari Felda.
UMNO seolah-olah tidak menyedari bahawa prinsip-prinsip ketuanan Melayu banyak yang terhapus dengan MCA dan Gerakan menjadi duri dalam daging  yang memaksa UMNO  bertolak ansur terutama dari segi Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Melihat akibat tolak ansur ini, Mahathir memberontak malah meminta MCA dikeluarkan dari Perikatan selepas peristiwa 13 Mei tetapi tidak berjaya dan Mahathir disingkirkan kerana menderhaka pada Tunku.
Sekiranya UMNO tetap tegas pada  prinsip asal, maka tidak akan ada sekolah Cina peringkat menengah hingga ke Universiti di negara ini. Sekolah-sekolah Tamil ditutup tetapi sekolah Cina berkembang kerana pemimpin UMNO terlupa hakikat orang Cina mempunyai kekuatan kewangan. Nasi sudah menjadi bubur.
Ini membuktikan kebenaran Mahathir, Melayu tidak berkuasa tanpa menguasai ekonomi.
Apabila Mahathir mengambil alih kuasa, beliau melonjakkan lagi  nasionalisme ekonomi yang dihasilkan oleh Dasar DEB Tun Abdul Razak dengan memindahkan peluang-peluang ekonomi kepada orang Melayu terutama kontrak-kontrak  besar kerajaan kepada orang Melayu.
Beliau membina usahawan Melayu yang mampu membina ekonomi dan  menangani krisis ekonomi tetapi gagal mencegah kronisme dan nepotisme dan penyalahgunaan peluang yang diberikan. Harapan beliau untuk jutawan Melayu melahirkan lebih ramai jutawan Melayu tidak tercapai seperti yang dimimpikannya.
Kemajuan ekonomi  China yang dicemburui oleh orang Melayu  akhirnya  membangkitkan pertarungan dan permusuhan  antara sesama Melayu kerana pembahagian yang tidak adil  apabila   masing2 tahu siapa yang dapat lebih  banyak dan siapa yang dapat sikit. Maka timbullah cerita kronisme dan nepotisme dalam peruntukan projek yang menyebabkan Timbalannnya Anwar Ibrahim memberontak tetapi Anwar juga melakukan perkara yang sama.
Dalam masa Mahathir, kita melihat negara mengambil alih dari British lebih 200,000 ekar ladang getah, kelapa sawit dan koko di Malaysia menerusi Serangan  Waktu Subuh di London Stock Exhange dan dalam masa Najib kita melihat tanah tambakan digadaikan kepada pengusaha dari tanah besar China dengan pengiraan   tanah tambakan   bukan tanah negara dan kepentingan China memasuki  Proton dan individu China  yang tidak berjasa  mendapat faedah dari wang pinjaman negara lari keluar negara.
Bahawa orang China ini tidak berani kembali ke Malaysia membuktikan kebenaran persepsi rakyat bahawa  beliau  melakukan kecurangan dengan mendapat perlindungan.
Penyertaan  ekonomi dari tanah besar China berlaku dengan agresif di Malaysia seperti di beberapa buah negara Africa.Malaysia  juga tidak dapat lari  dari  Imperialisme dan Kapitalisme  Baru  China.
Yang banyak membantu Datuk Seri Najib dalam membawa penanaman modal China ke negara ini ialah bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari MCA,Ong Ka Ting yang menjadi Duta Khas PM ke China.
Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahan mungkin benar dalam penilaian dan pengertian kuasa dengan membiarkan   orang China berniaga asalkan Melayu menjadi Raja yang akan terkawal oleh polis dan tentera.
Untuk menenangkan ketakutan orang Melayu, pemimpin UMNO boleh menunjukkan perpaduan dengan Pas dan menuding jari ke arah DAP sebagai parti yang  berniat jahat mahu menghapuskan kuasa Melayu  sedangkan MCA telah menggunting dalam lipatan  dan  kuasa China yang lebih besar yang bersifat penjajahan ekonomi telah pun berada di negara ini.

UMNO yakin  menjadikan DAP fobia kepada orang Melayu akan dapat mencegah  orang Melayu untuk mengundi Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir dan mengekalkan kuasa UMNO di negara ini.

– http://zamkata.blogspot.my/

.