KETUANAN ISLAM & KETUANAN MELAYU: PERMUAFAKATAN BARAQAH ATAU PAKATAN JAHAT?

Saya harap orang lain pun bertanya soalan yang serupa- apa sebenarnya yang hendak ditunjuk rasa oleh kita jika menyertai seruan parti PAS untuk berdemonstrasi mengenai RUU 355?
Orang kampung Chenua dan Kg Sengkela dalam daerah Raub tetap boleh sembahyang di surau dan di masjid tanpa rasa diancam oleh bangsa lain. Orang kampong tidak ada desakan untuk mempamerkan ketuanan Islam mereka pun.
Bahkan orang Cina jarang datang kedalam kampung2 ini kecuali cina yang meneroka secara haram dan membuka ladang sawit disana. Bayangkan dalam tengah2 kampung tradisi Melayu, ada cina datang membuka ladang puluhan ekar kerana jalan nya dibuka oleh broker Melayu. Yang mendedahkan Melayu kepada musibah ialah dari kalangan bangsa sendiri.
Jadi apa tujuan hendak heret orang Melayu berdemo mengenai RUU 355? Kalau mahkamah syariah atau mahkamah sivil di-isukan oleh orang politik, maka besar kemungkinan keputusan mahkamah nanti dipengaruruhi oleh kepentingan politik juga.
Bila Khalid Samad didenda RM2900 hanya kerana memberi penerangan mengenai lawatan nya di Tebing Gaza, hukuman itu dilihat sebagai mendepankan kepentingan politik pemerintah. Mahkamah mungkin ada semua hujjah dan justifikasi undang2 untuk menghukum Khalid Samad, tapi kejayaan kecil itu mengorbankan kepentingan besar. Keadilan kecil telah menafikan kepentingan besar kepada masyarakat- yakni menafikan masyarakat menikmati khidmat dan komitmen seorang ahli politik seperti Khalid Samad jika dia dipecat keahlian sebagai ahli parlimen. Qadhi ada memikirkan perkara ini?
Biarlah mahkamah syariah memperjuang dan menjustifikasikan kenapa ia perlu kuasa lebih dan mengapa hukuman yang lebih berat diperlukan. Benarkah isiu mahkamah syariah itu isu kurang kuasa atau kurang kualiti? Dalam kes Khalid Samad orang akan melihat mahkamah syariah digunakan sebagai instrument to settle political scores.
Kepada saya tujuan oleh PAS ialah menegas dan mengistiharkan ketuanan Islam nya. Yakni hanya PAS sebagai otoriti akhir terhadap semua yang bersangkutan dengan Islam. UMNO pula tumpang semangkuk, kerana mahu mengesahkan dan mengsahihkan ketuanan Melayu nya. Hanya UMNO itu otoriti apa dia Melayu atau tidak.
Perkara ini belum pun dibahaskan dalam parlimen. kita yang tak tahu hujung pangkal hendak mendesak apa? Desak daripada siapa?
Beginikah nasibnya orang Melayu- tak tahu hujung pangkal mahu bertelingkah? Kita mesti tahu apa sebetulnya yang kita hendak tunjuk rasa. Janganlah bangkang kerana sebab2 yang salah.
Kita mesti tentang dan sanggah ketas semua kemungkaran. Kerajaan yang zalim umpamanya tidak wajib ditaati. Nabi yang lebih besar dari semua mufti di Malaysia ini, sebut – kita muliakan dan besarkan sultan yakni pemerintah kerana ia bayangan besarnya dan mulianya Allah dimuka bumi selagi dia ADIL. Syarat nya ialah kerajaan yang adil wajib terus disokong. Kerajaan yang rasuah, mencuri dan sebagai nya wajib ditinggalkan dan tidak disokong oleh kita.
Lagi pun jika prinsip ini mahu dipakai, maka aplikasi nya mesti seragam. Jika kita mesti taat kepada kerajaan negeri yang diperintah oleh UMNO, maka kita wajib taat juga kepada kerajaan yang tidak diperintah oleh UMNO. Jangan kita derhaka kepada kerajaan Pulau Pinang dan kerajaan Selangor. Kita hormat keputusan rakyat. Jika Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor , Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak tidak diperintah oleh UMNO, prinsip diatas mesti ter-aplikasi disana juga. Jangan bughah dan jangan derhaka kepada pemerintah bukan UMNO juga.
Kan kita sudah istihar Islam itu bersifat sarwajagat- universal?

– http://sakmongkol.blogspot.my/

.