KETUA POLIS KELANTAN MENINGGAL DUNIA DI IJN

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail meninggal dunia ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Menurut laporan Utusan Online, Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 3.45 petang hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan, Superintenden Shaikh Azhar Shaikh Omar berkata, Allahyarham dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya, di Kampung Badak, Bachok.

– SH