KETUA PESURUHJAYA SPRM TERUS TERANCAM….JIKA SUKAR BUAT PILIHAN, TANYALAH PUAN SRI DULU?

Di sebalik sikap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad terus berdiam diri berhubung dakwaan mempunyai hubungan terlarang dengan isteri orang dan sementara siasatan pihak polis yang dipantau oleh pasukan petugas khas tidak diketahui apa perkembangannya, sebuah lagi klip video muncul lewat malam tadi yang memberi isyarat agar skandal tersebut tidak cuba dilindungi.

Menyusuli dua klip video sebelum ini,  video terbaru ini dimuatnaik dan boleh ditonton di laman Youtube menerusi  akaun Jejak Dua Belas.

Video kali ini memaparkan gambar daripada kamera litar tertutup di sebuah bilik hotel yang bersepah dipercayai di Hong Kong di mana Dzuklifli didakwa pergi ke sana atas urusan rasmi dengan menggunakan tiket kapalterbang yang dibayar oleh kerajaan, tetapi beliau dikatakan tidak menghadiri program yang sepatutnya.

Tulisan dalam video itu kemudian menyoal, apakah tindakan tersebut bukan satu bentuk korupsi?

Seterusnya, ia memberi amaran kepada Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa agar tidak cuba melindungi Dzulkifli, selain memberi ancaman untuk menyiarkan keseluruhan video tersebut jika tiada tindakan diambil.

Perlukah video ini didedahkan sepenuhnya baru siasatan telus mahu dijalankan? demikian tulisan yang dipaparkan dalam video itu.

Bermakna, selagi tiada tindakan dan Dzulkifli pula kekal berdiam diri, seolah-olah lebih banyak lagi video berkenaan beliau akan dipertontonkan kepada rakyat Malaysia.

Selepas ini dan entah bila, kita tidak tahu video yang bagaimana pula akan muncul di laman Youtube yang bukan saja boleh ditonton oleh orangramai, tetapi juga oleh isteri dan anak-anak Dzulkifli sendiri.

Maka, apa yang harus beliau lakukan?

Berdiam diri kini nampaknya bukan lagi pilihan buat Dzulkifli.

Sementara siasatan oleh pihak polis dan mungkin tindakan atas kedudukannya sebagai kakitangan awam adalah satu perkara yang lain, tetapi Dzulkifli hanya ada dua pilihan di depannya ketika ini.

Pertama – terus bertahan, menafi dan melawan.

Tetapi, apakah Dzulkifli cukup kuat untuk menghadapinya apabila beberapa video akan muncul lagi selepas ini?

Kedua – berundur, letak jawatan dan pergi menunaikan umrah.

Jika Tan Sri Dzulkifli masih tak tahu nak buat pilihan, cuba-cubalah tanya dengan Puan Sri dulu?

– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

.