KESILAPAN BESAR MALAYSIA TAK TANGKAP DUTA KOREA UTARA

Kerana pemikiran traditional, orthodox,conservative,jumud dan tidak ada kemampuan untuk berfikir di luar kotak,maka Malaysia hanya menghalau keluar Duta Korea Utara, Kang Chol pulang setelah negaranya terlibat  melakukan pembunuhan politik yang  dahsyat di Malaysia dengan menggunakan racun yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.

Tidaklah boleh dinafikan bahawa kejadian ini walaupun sukar untuk di kawal tetapi menimbulkan persoalan yang besar terhadap keupayaan keselamatan Malaysia terutama kerana tersebar video mengenainya dengan bagitu pantas di luar negara.

Saya cukup memahami norma  hubungan deplomatik antarabangsa tetapi kerana kepentingan diri dan maruah, negara-negara besar sendiri seperti Amerika Syarikat dan sekutunya telah menceroboh negara asing untuk menangkap orang yang dikehendakinya atau membunuh pemimpin  yang mereka tidak suka  tetapi Menteri Luar Malaysia ,pegawai-pegawai Wisma Putra  dan Duta -Duta kita masih berkhayal untuk menjadi English Gentleman in The East.

Apa yang dilakukan oleh negara pariah itu terhadap kita bukan sahaja tidak menghormati Deplomatic Decorum tetapi telah memijak muka kita.

Sekarang negara itu  menjadikan rakyat kita sebagai tebusan,menjadikan negaranya sebagai penjara kepada rakyat Malaysia yang  masih ada disana.Sesiapa yang pernah berada di Korea Utara tentulah tahu negara itu sendiri merupakan penjara. Betapa azabnya rakyat kita  yang ditahan di sana tetapi rakyat Korea Utara yang di tahan di Malaysia akan bersyukur jika di tahan lebih lama disini kerana ini negara surga bagi mereka.

Di bawah ini saya siarkan posting di tweet saya sejak semalam meminta supaya kerajaan Malaysia menangkap Duta Korea Utara  dan bukannya menghalau dan melepaskannya balik.

Biar dunia gempar dengan tindakan kita walaupun di tahan hanya sehari dua dan dunia akan bersimpati dengan kita sekalipun tindakan itu diluar norma deplomatik dan amalan antarabangsa.

Dengan itu juga,kita akan dapat menebus maruah Malaysia  yang sedang runtuh sekarang tetapi sayang semuanya  telah terlambat sekarang.

Tweets

  1. Kesilapan besar Malaysia tak tangkap Duta Korea Utrara dan sekarang negara itu memenjarakan rakyat Malaysia sebagai tebusan politik.

    Duta Korea diiringi anggota polis kita untuk dia  berlepas  pulang ke negaranya
  2. Silap saya syor tangkap Duta KU sebelum Duta kita pulang. Jika dah, kita tahan Duta Korea tu sehari dua utk world news kemudian bebaskan

  3. DUNIA AKAN SOKONG TINDAKAN KITA JIKA TANGKAP DUTA KOREA UTARA.AS MASUK KE NEGARA ASING UTK TANGKAP PEMIMPINNYA.NAJIB LEPAS PELUANG POPULAR

  4. Malaysia akan gemparkan dunia dan tebus kembali maruahnya jika tangkap Duta Korea Utara tapi apa yg boleh harap dari menterinya yg ortodox

  5. Msia wajar tangkap Duta Korea Utara, bukan halau pulang walaupun langgar amalan antarabangsa kerna ia lebih biadab membunuh dinegara kita

    http://zamkata.blogspot.my

.

.