KESALAHAN PENGUBAHAN WANG ‘SERIUS’ BERKAITAN 1MDB DIKESAN PADA JP MORGANO

Badan pemantau kewangan Switzerland, Finma, hari ii berkata anak syarikat bank AS, JPMorgan, melakukan kesalahan besar berkaitan pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB.

Kes itu dilihat menambah lagi keributan politik membabitkan skandal 1MDB sejak lebih dua tahun lalu yang menjadi tumpuan siasatan pihak berkuasa di sekurang-kurangnya enam negara termasuk Singapura, Switzerland dan AS.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB menafikan sebarang salah laku atau penyelewengan dalam syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia itu.

Kes terbabit menjejaskan bank swasta Switzerland, Edmond de Rothschild, BSI, Falcon dan bank utama UBS serta Credit Suisse.

“Prosiding penguatkuasaan dijalankan Finma antara Mei 2016 dan Jun 2017 menemui kekurangan serius kawalan antipengubahan wang haram pada JPMorgan (Switzerland) Ltd berkaitan hubungan perniagaan dan transaksi dana syarikat Malaysia, 1MDB,” kata Finma dalam satu kenyataan.

Keputusan itu – yang mengenakan pemantauan terhadap bank terbabit tetapi tidak melibatkan sebarang denda atau sekatan kewangan – tidak pernah dirayu dan muktamad, kata Finma.

– M’kini

.