KERJASAMA PEMBANGKANG PASTIKAN KEMENANGAN PRU14

IPOH – Kerjasama dalam Pakatan Harapan khususnya bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri diharap mampu memastikan kemenangan pada PRU 14 kelak.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua parti dalam Pakatan Harapan diharap mampu bekerjasama demi merampas semula kawasan yang dimenangi BN pada PRU13 lalu.

“Telah terbukti, Perak perbah tumbang kepada pembangkabg (Pakatan Rakyat) ketika itu.

“Tidak kira parti, asalkan bersatu hati, peluang kita tetap ada,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media dempena majlis berbuka puasa di Masjid Ghufran, malam tadi.

– SH

.