KERJASAMA PAS & UMNO PERLU DIKAJI DENGAN MENDALAM, KATA KU LI

UMNO perlu mengkaji dahulu kerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum ke 14 kerana sejarah telah membuktikan perjuangan kedua-dua parti di Kelantan tidak sekata lapor Astro Awani memetik pemimpin veteran parti Tengku Razaleigh Hamzah sebagai berkata.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, walaupun beliau menyokong kerjasama itu sekiranya ia memberi faedah kepada rakyat beliau bimbang sekiranya “pisang berbuah dua kali.”

“Tidak ada cadangan kita nak bergabung, saya tidak fikir orang bawahan akan menyokong untuk bergabung dan pihak Pas pun tidak ada cadangan hendak bergabung dengan kita (Umno).

“Asalkan kita memperjuangkan hak rakyat dan memenuhi kepentingan bersama, saya rasa tidak ada sebab untuk kita boleh bekerjasama,” katanya di Bukit Cekati, dekat Gua Musang hari ini.

Tengku Razaleigh berkata kemungkinan untuk pertandingan tiga penjuru di Kelantan merupakan ujian yang baik kepada pengundi apabila memilih parti yang mampu memberikan khidmat terbaik kepada mereka.

“Saya percaya orang UMNO yakin rakyat di Kelantan ini memihak kepada kita sekarang.

“Kerana selama Pas berkuasa di sini rakyat tidak mendapat peluang mencari kehidupan yang terjamin, sebab itu rakyat di Kelantan hampir 50 peratus cari makan di luar negeri terutama di Lembah Klang.”

–¬†https://www.themalaysianinsight.com

.