KERAJAAN UMNO & DERMA: APA YANG CUBA DIAJAR KEPADA RAKYAT

Saya copy paste artikel chedet 5/9 lalu, simple dan bersahaja je tapi mempunyai mesej yang amat besar berkaitan integriti dan kewibawaan pihak berkuasa kita dalam menjalankan tanggungjawab. Acu baca balik –

 Saya Orang Baik – Jamal

1. Jamal, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar mendakwa mengaku yang dianya menerima berpuluh ribu ringgit dari rakan-rakannya (baca di sini).

2. Mengikut undang-undang Malaysia, tiap wang yang diterima oleh seseorang ialah pendapatan (income).

3. Pendapatan seseorang dengan apa cara atau sebab, perlu dilapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya cukai dibayar keatasnya. Demikian juga jika wang diterima dibelanja dengan apa cara sekalipun, laporan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu dibuat.

4. Derma yang tidak dikena cukai ialah derma kepada badan-badan kebajikan yang telah dilulus oleh Kementerian Kewangan bebas dari bayaran cukai. Namun borang cukai mesti diisi supaya Lembaga Hasil Dalam Negeri termaklum akan penderma yang Lembaga akan kecualikan dari cukai ke atas jumlah yang diderma. Jika tidak dapat dikecuali dari cukai pendapatan, penderma dan penerima perlu sebut dalam borang income tax akan jumlah supaya cukai dibayar ke atas jumlah derma.

5. Soalnya, apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri diberi laporan oleh orang baik akan jumlah pemberian oleh rakan-rakan orang ini.

6. Apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah secara rasmi, mengecualikan pemberian kepada orang baik dari bayaran cukai.

7. Apakah penerima RM1000.00 dari orang baik ini melapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri akan penerimaannya. Apakah ia membayar cukai pendapatan atau tidak.

8. Sesungguhnya banyak soalan perlu dibuat terhadap orang baik ini. Taksiran kasar saya menunjuk berpuluh ribu ringgit perlu dibayar oleh mereka yang memberi kepada orang baik, berpuluh ribu ringgit lagi oleh orang baik, dan beribu lagi oleh penerima yang menerima dari orang baik.

9. Janganlah hendaknya OSA diguna untuk sembunyi jenayah kerana yang melakukannya ialah orang yang baik.

10. Jika benar baik isilah borang penerimaan dan pemberian dalam borang Lembaga Hasil Dalam Negeri dan bayarlah cukai yang ditaksir.

Terang2 Jamal umumkan, apakah ada mana2 pihak berkuasa yang tampil siasat ?

SAMA jugalah kesnya dengan Najib. Apakah Najib ada melaporkan penerimaan derma 2.6 bilion dulu ?

Bagaimana dengan kes RM42 juta yang bersumberkan wang dari SRC ? Kalau dulu Najib kata dia tak tahu duit itu berasal dari SRC, tapi sekarang Najib dah tahu. So ? DAH BAGI BALIK KE BELUM ?

Pihak SRC pula, takkan SRC juga tidak tahu duit itu diberikan kepada Najib, walaupun melalui akaun dua syarikat lain sebelum parking dalam akaun Najib ? Apa tujuannya duit itu diberikan kepada Najib ?

Bagi sesebuah syarikat seperti SRC, pasti ada dokumen2 yang perlu diisi sebelum sebarang pembayaran dibuat …. apa yang ditulis, siapa yang arah dan siapa yang luluskan ?

Jangan lupa, Najib adalah juga ADVISOR EMERITUS kepada SRC !

Takkan kes SRC diarah tutup hanya kerana Najib kata dia tidak tahu duit yang masuk akaunnya datang dari mana ?  Apakah Najib juga selaku Advisor Emeritus kepada SRC juga tidak tahu yang SRC keluarkan juta2 ringgit kepada dirinya sendiri ?

Apakah tidak ada pegawai2 dari SRC yang beritahu Najib bahawa SRC ada keluarkan duit untuk dimasukkan ke akaun Najib ( sebelum melalui akaun dua syarikat lain ) ?

APAPUN …. KALAU DULU TAK TAHU, SEKARANG DAH TAHU KAN ?  SO ?

Kenapa persoalan2 penting sebegini dibiarkan tergantung tanpa jawapan ?

Apakah yang cuba diajar oleh pemimpin2 KERAJAAN ini kepada rakyat ?

PS – Dah boleh terbayang jawapan balaci dan cai2 Najib – Dah AG kata kes tutup, maka tutuplah. Najib tak perlu bayar balik !