KEPUASAN SEKS, PASANG BEBOLA BESI ROGOL MANGSA SAMUN

KLANG – Seorang penjenayah memasang bebola besi pada kemaluan bagi memperoleh kepuasan seks ketika merogol mangsa samun.

Susulan itu, kumpulan berlima tersebut dilabel sebagai geng ‘ball bearing’, dedah ketua polis Klang Utara ACP Mohd Yusoff Mamat seperti dilapor Kosmo!.

“Menerusi kesemua tangkapan, salah seorang suspek berusia 27 tahun telah mengaku melakukan perbuatan rogol dan cabul tersebut semasa memecah masuk rumah orang.

“Ketika ditahan, suspek hanya mempunyai dua ball bearing sahaja dengan salah satunya dipercayai telah dikeluarkannya sendiri,” katanya .

Tambahnya, suspek itu mengakui memasukkan tiga bebola besi sendirian ketika dipenjara dua bulan di sebuah penjara di Perak atas kesalahan khalwat.

Kumpulan warga Indonesia itu, yang masuk tanpa izin, dikesan selepas dua aduan samun, rogol dan cabul di dua kawasan di sini pada 27 Mei dan 7 Jun lalu.

Mereka selalunya menyamun dengan merogol dan mencabul antara 3 hingga 5 pagi.

Ditahan reman sehingga esok, Sabtu dan Isnin depan, mereka disiasat bawah Seksyen 395, Seksyen 397 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

– Malay Mail

.