KENAPA ZAID TIDAK SERTAI PARTI PEMBANGKANG MELAYU?

Hari ini DAP mendapat suntikan tambahan dengan penyertaan Zaid Ibrahim ke dalam parti itu. Zaid mengumumkan kemasukannya dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di rumahnya di Tropicana, Petaling Jaya. Penyertaan Zaid itu menambahkan bilangan Melayu “cerdik” dalam parti itu.

Zaid menyerah borang sertai DAP kepada Kok Wai.

Walaupun majlis itu ringkas ia memberi pengertian besar kepada Zaid kerana majlis itu turut sama disertai oleh Penasihat PPBM, Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin dan tokoh PPBM lain, termasuk Sanusi Junid dan Kadir Jasin.

Turut sama hadir ialah dua pemimpin Amanah, Khalid Samad dan Dr Dzulkifly Ahmad. Tidak pula nampak wajah pemimpin PKR. Mereka mungkin tidak hadir kerana tidak tergamak melihat Zaid menyertai DAP selepas keluar dari PKR.

Sudah semestinya tokoh spiritual DAP Lim Kit Siang hadir sama. Zaid menyerahkan borang penyertaanya kepada Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai. Lim Kit Siang mengalu-alukan penyertaan Zaid dengan menyifatnya ia dapat memberi kekuatan kepada DAP.

Walaupun ada yang sinis dengan kemasukan Zaid ke dalam DAP, tetapi ia tetap memberi makna kepada DAP khasnya. Parti itu dapat berbangga ahli politik seperti Zaid, yang pernah menjadi Menteri dan bergerak cergas dalam Umno, konsisten menghentam Najib Razak akhirnya terdampar dalam partinya. Zaid akan menjadi peluru rasmi DAP dan rakan untuk mengkritik cara Melayu Umno berpolitik.

DAP memang menanti kehadiran orang Melayu cerdik seperti Zaid untuk mengkritik dan menghentam kepimpinan Melayu seperti Najib. Apa dilakukan DAP itu menepati falsafah Arab; pokok kayu yang besar boleh ditebang dengan menggunakan dahannya sebagai “ulu’.

Sebelum ini Zaid juga mencuba mencari keserasian dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahkan pernah menjadi calon dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, tetapi tewas. Bukan itu sahaja kepercayaan kepadanya dengan memberi beberapa jawatan penting dalam parti itu guna menggerak perjuangan PKR membantu rakyat mendapat keadilan.
Kedudukaannya menyerlahkan siapa dia Zaid dan beliau ada nilai tersendiri. Bagaimana pun beliau tidak kekal lama dalam parti tersebut apabila mendakwa parti itu gagal mengamalkan demokrasi sewajarnya sewaktu pemilihan parti tersebut. Sebagai seorang berprinsip Zaid berundur dari PKR. Pemerhati melihat pengunduran itu kerana Zaid tewas berdepan dengan kerenah dan kelicitan politik Azmin Ali.

Antara pemimpin pas yang hadir, Dr Zul, Sanusi, Khalid,

Selepas itu beliau mencuba memimpin parti sendiri bernama Parti Kesejahtraan Insan Tanahair (Kita), tetapi ia juga menemui kegagalan. Tidak diketahui secara pasti kenapa Kita tidak bernyawa panjang malahan belum sempat di uji dalam mana-mana pilihan raya.

Kita yang dilancarkan dalam majlis gilang gemilang menggambarkan ia sebuah parti dibangunkan oleh “orang ada-ada” tidak mendapat sambutan, ia tidak menjadi parti “kita”, sebaliknya menjadi parti “dia”. Kegagalan itu membuktikan panjang pendek nyawa sesebuah parti tidak mutlak bergantung kepada kekuatan kewangan.

Wartawan yang meliputi berita kemasukan Zaid dalam DAP.

Untuk beberapa ketika Zaid istirehat daripada menyertai parti mana-mana. Dia mengikut perkembangan politik sebagai pemerhati yang kritikal. Namun darah politik yang mengalir dalam tubuhnya menyebabkan beliau tidak dapat duduk diam, dia terus bersuara dan mengulas isu-isu politik. Mata dan hati Zaid yang mengakui dia Melayu tulen dari anak Marhean tidak boleh disihirkan dengan penyelewengan dan kerakusan Najib memerintah. Dia bangkit menjadi menjulang suara menuntut keadilan dan kebenaran.

Kemelut yang menimpa kerajaan terutamnya skandal kewangan membabitkan Najib Razak menjadikan Zaid berasakan dia tidak perlu diam, tetapi perlu bersuara menghabiskan sisa-sia kudratnya untuk membela rakyat dan negara. Kerajaan “Kleptokrasi” Najib perlu dijatuhkan. Beliau juga menjadi penggerak Deklarasi Rakyat. Zaid tidak sedia berkompromi tanpa menyentuh Najib untuk berihat bersama anak isteri serta melancung di luar negara tanpa mempedulikan apa yang berlaku.

Kali ini Zaid memilih DAP, sebuah parti yang bagi saya sangat sesuai bagi orang seperti Zaid yang dianggap berfahaman liberal, yang suka bercakap isu kebebasan dan mengkritik konsevertisme dalam agama terutama yang dijuarai ustaz-ustaz jus ama dalam parti agama.

Zaid yang merupakan seorang pengamal undang-undang tidak boleh membiarkan ketidakadilan dan penyelewengan bertabir di matanya. Dia sering kali bersuara menyatakan keyakinan atas “akidah”nya tanpa mengira siapa dan dimana dia berada sebab itu ia menjadi kontroversi. Zaid kontroversi dalam memperjuangkan apa difahaminya bukan dengan skandal seks atau kewangan seperti sesetengah pemimpin lain.

Semasa Peguam Negara Mohamad Apandi Ali yang juga rakannya, mempertahankan Najib berkaitan isu 1MDB, Zaid telah mengecam Peguam Negara berkenaan. Sikap Zaid itu menyerlahkan beliau tidak peduli siapa di depannya, asalkan orang itu tidak berjalan lurus dan mengikut undang-undang dia akan mengkritiknya. Langkah berani itu membuktikan Zaid tidak sedia sekongkol dengan kebusukan yang membunuh nilai-nilai kemanusiaan.

Dr Mahathir Mohamad

Apakah Zaid akan kekal lama dalam DAP? Itulah persoalannya. Dr Mahathir yang hadir dan diminta menyampaikan sepatah dua kata, memberi ingatan dan berharap kepada Zaid, agar bekas menteri itu tidak akan lompat lagi selepas ini. Sindir dan ingatan Dr Mahathir sebagai mengulas kemasukan Zaid itu dengan mengatakan negara ini “banyak katak yang suka melompat.”

“Saya harap penyertaan Zaid dalam DAP, dapat menyumbangkan sedikit pengalaman dan pengetahuannya untuk menentukan DAP tidak selama-lamanya jadi pembangkang tetapi menyerti sebuah kerajaan,” demikian kata Dr Mahathir.

Kata-kata itu menggambarkan keseronokan Dr Mahathir dengan tindakan Zaid itu. Bagi Dr Mahathir walaupun Zaid tidak menyertai partinya (PPBM), ia tidak menjadi masalah, yang penting Zaid dan sesaiapa sahaja bersedia untuk menumbangkan Najib walaupun mereka berada dalam fraksi mana. Itu perjuangan Dr Mahathir.

Mengenangkan majlis pagi tadi, apa yang tidak disenangi sedikit dan tidak wajar bagi saya apabila Zaid mengkritik Pas. Tidak ada keperluan untuk beliau menyinggung Pas dalam majlis itu. Jika Zaid menguncikan mulut daripada mengkritik Pas orang khususnya puak Pas tidak akan mudah memperkecil-kecilakan tindakannya itu.

Untuk menjadi popular dalam DAP saya berharap Zaid tidak menjadikan parti agama itu sebagai “batang palu” beliau harus lupakan Pas dan janalah politik yang benar-benar berwibawa. Paling penting penyertaanya walaupun tidak diharapkan jawatan tetapi ia benar-benar boleh meletakkan tokoh-tokoh Melayu dalam DAP setanding dengan para pemimpin kebangsaan DAP.

–¬†http://msomelayu.blogspot.my

.