KENAPA ZAHID HAMIDI TAK MAHU JUMPA TUN MAHATHIR?

Bolehkah kita percaya dengan kenyataan Zahid Hamidi seperti di atas?
Tetapi, mengapa beliau tidak berani bersemuka dan memberi penjelasan sendiri kepada Tun Mahathir Mohamad dan lain-lain pemimpin Pakatan Harapan yang datang ke Kementerian Dalam Negeri?
Kenapa hanya diwakilkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Alwi Ibrahim untuk menyambut dan memberi penjelasan kepada rombongan Pakatan Harapan itu?
Juga, di mana Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed?
Takkan kedua-duanya sekali tiada?
Adakah kedua-duanya, Zahid Hamidi dan Nur Jazlan tidak berani bersemuka dan bertentang mata dengan Tun Mahathir?

Atau sebenarnya mereka takut kalau-kalau Tun Mahathir minta ditunjukkan bukti salinan kad pengenalan lamanya yang sebelum ini didakwa Zahid Hamidi tertulis “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty”?

– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

.