KENAPA RCI FOREX TIDAK BERANI MASUKKAN LAMPIRAN ATAU HUJAH BERTULIS TUN MAHATHIR?

“LAPORAN” & REKOMENDASI SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) 13.10.2017 BUKAN LAPORAN LENGKAP – SENGAJA TIDAK MEMASUKKAN PERMOHONAN BERTULIS & PENGHUJAHAN BERTULIS PIHAK TUN DR MAHATHIR BERJUMLAH 495 MUKASURAT TEBAL !!
KERAJAAN NAJIB RAZAK & SEKRETARIAT SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) MEMBUAT SALAHNYATA CURANG KEPADA ISTANA, PARLIMEN & RAKYAT DENGAN TIDAK MENDEDAHKAN DALAM “LAPORAN” BAHAN TUN DR MAHATHIR UNTUK PEMBACAAN LENGKAP ORANG AWAM !!
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Saya telahpun melalui Siri : 1168 memberi komen awalan berhubung kecacatan,kelemahan dan kekhilafan PENEMUAN & REKOMENDASI di dalam “Laporan” SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) 13.10.2017 yang dibentang di Parlimen pada 30.11.2017, yang mana juga telah dipetik oleh FREEMALAYSIATODAY 30.11.2017 bertajuk “Laporan” RCI tidak boleh dipercayai, kata peguam Dr M”, dan telah dimuat naik di Siri: 1162, di sana, untuk kemudahan rujukan para pembaca.
(Link Laporan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/30/laporan-rci-tidak-boleh-dipercayai-kata-peguam-dr-m/)
2. Petang semalam, 30.11.2017 juga, saya telah dihadiahkan dengan sesalinan “Laporan” SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) 13.10.2017 itu (Gambar di Ruang Bawah Kiri oleh seorang sahabat media. “Laporan” itu, dalam versi BAHASA MALAYSIA berjumlah 523 mukasuarat.
3. Namun, dalam pengamatan saya, “Laporan” itu dengan SENGAJA telah tidak mengandungi kesemua bahan yang telah ditampilkan oleh kami, peguam bagi pihak TUN DR MAHATHIR, samada melalui permohonan bertulis yang telah diketengahkan semasa prosiding SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) itu, mahupun Hujahan Bertulis berserta Ikatan Autoriti (Gambar di Ruang Bawah Tengah dan Kanan) yang telah dimajukan kepada Sekretariat SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) di hujung prosiding pada 21.09.2017, seperti yang telah diarahkan oleh Pengerusi SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) pada 19.09.2017. Keseluruhan bahan pihak TUN DR MAHATHIR itu adalah berjumlah 495 mukasurat, yakni setebal “Laporan” yang disediakan ini !!
4. Pihak Sekretariat SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) telah menampilkan cuma  rumusan permohonan-permohonan TUN DR MAHATHIR secara RINGKASAN SALAH, dalam 3 setengah mukasurat sahaja !!!, berserta Penyata Saksi Bertulis TUN DR MAHATHIR, tanpa transkrip keterangan lisan yang diberi TUN DR MAHATHIR semasa disoal oleh ahli panel dan Pegawai Pengendali RCI !!!
5. PERSOALAN WAJIB ??
(a) Bagaimanakah orang awam yang memilih untuk membaca keseluruhan PENEMUAN & REKOMENDASI di dalam “Laporan” SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) 13.10.2017, dapat YAKINI bahawa keputusan itu adalah sah atau betul, sedangkan 495 mukasurat bahan yang ditampilkan oleh TUN DR MAHATHIR, telah secara SENGAJA dan CURANG didapati telah diHILANGkan dari terkandung dalam “Laporan” itu ?? !!
(b) Bukankah boleh dirumuskan bahawa TANPA dimasukkan kesemua bahan yang ditampilkan oleh TUN DR MAHATHIR, di dalam “Laporan” SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) 13.10.2017 telah menjadikan “Laporan” itu sebagai CACAT dan TIDAK LENGKAP, sehingga memberi andaian seolah-olah TUN DR MAHATHIR telah tidak melakukan apa-apa untuk menidakkan PENEMUAN & REKOMENDASI oleh SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) terhadap beliau ?? !!
(c) Bukankah percubaan Kerajaan NAJIB RAZAK melalui Sekretariat SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) untuk “PAKSA SUAP akan “Laporan” yang SEPARUH MASAK ke dalam MULUT orang awam untuk dihadamkan”, merupakan satu SALAHNYATA CURANG oleh Kerajaan NAJIB RAZAK terhadap pihak ISTANA, PARLIMEN dan juga RAKYAT MALAYSIA, yang tidak berhak mengetahui apakah bahan TUN DR MAHATHIR, yang menunjukkan PENEMUAN & REKOMENDASI di dalam “Laporan” SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) 13.10.2017 itu adalah SALAH ?? !!
BERANI KERANA BENAR !!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!
Hanif Khatri Abdulla
Peguam kepada Tun Mahathir Mohamad.
Ulasan – Sebagaimana disebut berkali-kali sebelum ini bahawa penubuhan RCI forex tidak lain semata-mata bertujuan politik bagi menyerang dan melemahkan sokongan rakyat terhadap Tun Mahathir Mohamad serta untuk kepentingan Najib Razak, UMNO serta BN mengekalkan kuasa dalam PRU 14 akan datang,  hari demi hari semuanya kian terdedah satu persatu.
Setelah keputusan hasil siasatan mendapati Pengerusi Pakatan Harapan itu dicadangkan untuk disiasat kerana dipercayai bersubahat atas kerugian urusniaga forex yang  berlaku kira-kira 30 tahun lalu, pembentangannya di Parlimen secara mengejut pada hari terakhir sidang dan menjelang Perhimpunan Agung UMNO, makin menyuluh dengan terang lagi hakikat tersebut.
Dalam laporan hasil siasatan setebal 523 mukasurat yang didedahkan itu pula, sebagaimana yang disahkan sendiri oleh peguam Tun Mahathir, Hanif Khatri Abdulla, ia didapati tidak memasukkan langsung kesemua lampiran setebal 495 mukasurat yang ditampil oleh bekas Perdana Menteri itu.
Kenapa ia tidak ditampilkan dalam laporan yang hakikatnya untuk mencari kebenaran dan dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong dan Parlimen yang mulia?
Apakah tiada langsung daripada 495 mukasurat lampiran itu yang boleh diterimapakai?
Atau kesemua 495 mukasurat lampiran itu mengandungi fakta kebenaran belaka yang jika dipakai, waima sehelai sekali pun, ia akan serta-merta menghalang tujuan serong RCI itu daripada dicapai?
Tidakkah dengan kesediaan menampilkan lampiran setelah 495 mukasurat bermakna Tun Mahathir benar-benar ikhlas ingin menunjukkan kebenaran berhubung urusniaga forex itu?
Dan bukankah dengan menghilangkan sama-sekali lampiran setebal 495 mukasurat itu dalam keputusannya, RCI forex secara jelas, terang dan nyata mahu menghalang kebenaran daripada diketahui umum?
Tidak itu saja, menurut Hanif lagi, apa yang dimasukkan cuma rumusan permohonan Tun Mahathir saja, itu pun secara ringkasan yang salah. Malah transkrip keterangan lisan Tun Mahathir semasa disoal siasat juga tidak dimasukkan.
Bagaimana dan di mana keadilan serta kebenaran dapat dicari jika begitu banyak sekali lampiran, hujah dan fakta diketepikan?
Ini adalah persoalan yang serius dan berat sebenarnya serta wajib diteliti oleh seluruh rakyat Malaysia menjelang pembuangan undi beberapa bulan lagi.
Ia tidak lagi memadai bagi Pengerusi RCI forex,  Sidek Hassan yang juga Pengerusi Petronas untuk memberi penjelasan mengenainya, sebaliknya yang perlu tampil secara jantan dan “macho”  ialah Najib sendiri.
 

Najib, atas apa alasan sekali pun,  tidak wajar lari daripada permainan yang diciptanya sendiri ini.

– http://shahbudindotcom.blogspot.my

.