KENAPA HANYA KEKAYAAN KELUARGA TUN MAHATHIR SAJA MAHU DISIASAT?

Hanya kerana Tun Mahathir Mohamad membangkitkan persoalan bahawa Ahmad Zahid Hamidi pernah melaporkan kekayaan sebanyak RM230 juta kepadanya pada tahun 1996 iaitu ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu, desakan kini menyusul agar kekayaan keluarga bekas Perdana Menteri itu pula diselongkar.

Kenapa hanya kekayaan keluarga Tun Mahathir saja mahu disiasat?

Siasatlah juga kekayaan keluarga Hishammuddin Hussein dan  Nazri Aziz yang nampaknya begitu lantang membuat desakan itu, selain keluarga Zahid Hamidi sendiri dan lain-lain pemimpin UMNO.

Berapa agaknya kekayaan keluarga Hishammudin, Nazri dan lain-lain pemimpin UMNO?

Jika pada tahun 1996, kekayaan Zahid Hamidi dilaporkan sebanyak RM230 juta, berapakah jumlahnya sekarang?

Dan yang paling wajib disiasat kekayaannya tentunya ialah keluarga Najib  Razak sendiri.

Selain yang diketahui dan diakuinya ada RM2,600 juta pernah masuk ke akaun peribadinya, berapa jumlah kekayaan Najib yang sebenar-benarnya?

Untuk berlaku adil, tidak memadai kekayaan semua mereka itu disiasat oleh SPRM semata-mata, tetapi sebaiknya oleh sebuah badan penyiasatan bebas serta hasilnya mesti didedahkan kepada pengetahuan umum.

Ada berani?

– http://shahbudindotcom.blogspot.my

.