KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN MENJADI KERISAUAN

KUALA LUMPUR – Kenaikan harga barang keperluan harian mencapai peratusan kebimbangan tertinggi rakyat terhadap keadaan ekonomi negara.

Pengerusi Biro Polisi dan Strategi Bersatu, Dr Rais Hussin berkata, ini berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan oleh pihaknya sepanjang tahun 2016.

“Isu kenaikan itu mencatat peratusan sebanyak 94.4 peratus ‘merisaukan’ diikuti isu kenaikan harga rumah yang mendapat 92.4 peratus.

“Manakala pendapatan tidak mencukupi pula mendapat 89.9 peratus untuk berada dikedudukan ketiga dalam kategori ‘Taburan Peratus Kerisauan Rakyat Terhadap Keadaan Ekonomi’,” katanya dalam sidang medianya di sini hari ini.
Katanya, lagi kajiannya itu melibatkan 3,000 responden yang terdiri daripada pelbagai kelompok, kaum, peringkat umur, jantina dan kelulusan.

Sementara itu, dalam hasil dapatan kajian lain, katanya untuk Bumiputera Sabah, Sarawak dan Melayu didapati mereka lebih bimbang dengan peluang pekerjaan berbanding kaum Cina.

“Lambakan pekerja asing pula lebih dibimbangi oleh kaum Melayu jika dibanding dengan kaum Cina dan India.

“Dan Bumiputra Sabah dan Sarawak pula kerisauan paling tinggi terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST),” katanya.

– SH

.