KELUARGA MAHU SIASATAN SEBAGAI KES BUNUH

Keluarga Balamurugan Suppiah hari ini menghantar memorandum bantahan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menuntut penggantungan serta-merta anggota polis yang terbabit dengan kematiannya.

Menurut peguam Raul Lee Bhaskaran, keluarga itu juga mahu Bukit Aman menubuhkan sebuah pasukan bebas untuk menyiasat kes itu, dan siasatan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

“Polis itu sedang disiasat, tetapi mereka tidak digantung kerja. Mereka masih bertugas,” kata Raul.

Memorandum itu diserahkan kepada kepala Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datin Asmawati Ahmad oleh Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, yang bercakap bagi pihak keluarga.

“Hari ini, seorang isteri kehilangan suaminya, seorang anak perempuan kehilangan bapanya, dan sebuah keluarga kehilangan anak sulung mereka. Ini adalah suatu pengkhianatan,” kata Charles.

Balamurugan ditahan pada 6 Februari dan dilaporkan meninggal dunia dalam tahanan polis pada hari berikutnya.

Beliau dibawa ke mahkamah pada hari kematiannya, di mana beliau muntah darah dan majistret mengarahkan polis untuk membawanya ke hospital dan kemudiannya membebaskannya.

Walau bagaimanapun, pihak polis tidak menghantarnya ke hospital dan lelaki itu dilaporkan tidak lagi bernyawa pada keesokkannya.
Hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati mangsa meninggal dunia akibat kegagalan jantung, tetapi keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

– M’kini

.