KEKUATAN PALSU DI SAMBUTAN ULANGTAHUN UMNO KE-71?

Sebagaimana yang tersebar luas di media sosial, terdapat bukti yang menunjukkan wujud kerahan untuk memaksa pelajar-pelajar UiTM menghadiri sambutan ulangtahun UMNO yang ke-71 di Bukit Jalil, malam ini.
Berdasarkan apa yang tersebar di media sosial itu, sekurang-kurangnya 10,000 yang hadir di Bukit Jalil malam ini adalah mahasiswa UiTM yang seolah-olah dipaksa untuk hadir ke sana.
Bagaimana pula dengan universiti yang lain serta pusat-pusat pengajian seperti IKM, Giat Mara, IKBN, Politeknik, Vokasional, Institut Pendidikan Guru dan sebagainya, adakah mereka turut dikerah hadir ke Bukit Jalil malam ini?
Kenapa kerahan ke atas pelajar ini dilakukan, adakah kerana UMNO sudah sedia maklum mereka bakal menerima sambutan yang dingin di majlis sambutan ulangtahunnya kali ini?
Berapa jumlah pelajar yang hadir keseluruhannya?
Jika sudah dilakukan kerahan di sana-sini, berapa sebenarnya ahli UMNO yang benar-benar secara sukarela hadir ke Bukit Jalil atas nama mahu mempertahankan perjuangan parti?

Akhirnya, harap-harap tidak adalah pekerja Bangladesh dan Indonesia yang dipaksa balik awal petang ini dan kemudian diborong dengan bas untuk sama-sama memeriahkan Stadium Bukit Jalil dan kemudian turut berteriak “Hidup Melayu” walaupun tidak memahami maksudnya.

–¬†http://shahbudindotcom.blogspot.my/

.