KEANGKUHAN YANG MEMBINASAKAN: FATAL CONCEIT

Ia nya perlakuan dan tindakbalas yang semula jadi. Apabila hasil dari usaha yang kita lakukan tidak sebagaimana yang diharapkan, secara semula jadi kita menyalahkan orang lain, kecuali diri kita sendri.
Walhal, minda2 terhebat dalam negara ini bertungkus lumus menghasilkan apa yang kerajaan telah istiharkan. Sejak 2009, kita dihujani dan dibanjiri dengan pelbagai ‘inisiatif’ seperti ETP, NKRA, GTP, dan pelbagai akronim lain- tapi yang dicapai tidak seperti yang disarankan.
Bak kata orang putih, gimmickry bukan ganti substance atau isi.Dan kita sendiri terkesan oleh omongan kosong ini.
Berlawanan dengan pendapatan yang lebih tinggi, pendapatan negara menurun akibat harga minyak turun, harga komoditi rendah; kadar pertumbuhan ekonomi tidaklah sehebat yang diterangkan- kita perlu ingat kita menumbuh dari asas yang kecil. Negara industry besar tumbuh daripada asas/base yang besar. 1% pertumbuhan negara perindustrian lebih besar dari 4% pertumbuhan dalam ekonomi kecil. Kerajaan menaikkan cukai yang tidak adil kepada mereka yang berpendapatan rendah; perbezaaan pendapatan secara absolut makin melebar dan keadaan ini tentulah menimbulkan perasaan tidak adil.
Tapi kerajaan Najib menyalahkan orang lain kerana kegagalan nya. Ada kuasa dan tangan ghaib yang mensabotaj usaha kerajaan kata Najib. Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim, bekas PM dan TPM sekarang ini dianggap musuh utama. Perpaduan tidak boleh dicapai kerana 2 orang ini mensabotaj usaha kerajaan.
Kerajaan Najib enggan mengaku bahawa penyebab huru hara ialah dasar dan polisi mereka yang cacat. Jenis PM apa yang membenarkan suatu kumpulan rakyat negara ini, menyerang suatu kumpulan rakyat lain? Ini disebut anarki, kerajaan hilang kawalan atas perlaksanaan undang2 dan ketenteraman awam.
Mengenai sikap rasmi terhadap Mahathir dan Anwar, ini suatu layanan yang tidak masuk akal. Idea2 besar Mahathir selama 22 tahun itu adakah ianya salah belaka? Sedangkan, sama ada kita suka atau tidak, idea2 besar atau leading ideas semasa itu menjadikan Malaysia apa ianya sekarang. Yakni sebelum dimusnahkan dan dirosakkan oleh Najib yang tidak ada punca atau clue bagaimana mengurus negara selain dari berbuih mulut mengeluarkan slogan dan propaganda.
Minda dr Mahathir dan Anwar Ibrahim sama seperti dahulu juga- adakah itu bermakana selama 22 tahun, Malaysia diurus oleh musuh negara? Dan untuk sebahagian besar usia politik Anwar- dia dalam penjara tapi masih digelar ancaman dan musuh negara?
Apa yang sebetulnya terjadi ialah, ternyata Najib menyalahkan orang lain untuk menutup kemungkaran yang dia lakukan. Respons paling mudah ialah menyalahkan orang lain dan menganggap faham dan pandangan yang tidak bersetuju dengan nya, sebagai musuh.
Najib boleh melakukan ini semua sebab dia menguasai segala jenis media dalam negara ini dan sesiapa yang menguasai media, menguasai minda rakyat. Bahkan kemerdekaan bermedia secara internet pun diancam oleh undang2 kerajaan Najib.
Itu reaksi tipikal orang yang mahu menyembunyikan kelemahan dan kesalahan sendiri. Seluruh dunia tahu siapa Najib. MO1 yang menerima wang yang dicuri dari 1MDB- pemimpin Malaysia yang meluluskan penyelewengan bersiri yang dilakukan oleh orang2 dalam 1MDB.
Sikap Najib dianak-angkat oleh pemimpin parti yang memperjuangkan agenda Islam. Apabila gagal melaksanakan agenda mereka, maka yang disalahkan ialah kurang nya kuasa pada mahkamah syariah. Penyelesaian mereka ialah mahu menganugerahkan lebih kuasa kepada mereka dan melakukan konsentrasi kuasa dalam tangan penjaga moral rakyat.
Kita mesti melihat pembentangan akta 355 sebagai usaha konsentrasi kuasa dalam tangan suatu kumpulan yang bukan dipilih rakyat dan suatu usaha menyalahkan kekurangan kuasa pada institsi yang sedia ada untuk sebetulnya menutup kegagalan sendiri dan kelemahan pendekatan asuhan agama Islam sendiri.
Hukuman yang selama ini dipakai, iaitu yang dikenali secara popular dengan ekspresi 3,5,6- 3 tahun penjara, RM5 ribu denda dan 6 sebatan tidak mencukupi untuk mengekang orang Islam yang jahat. Rupa2 nya, orang Islam ini ramai yang jahat- dakwah dan pendidikan agama yang dilakukan, program keagamaan yang dilakukan saban hari, seruan dan syarahan yang dilaungkan oleh ustaz tua dan muda, imam tua dan muda, tidak berkesan membentuk keIslaman orang Islam.
Adakah ini dislesaikan dengan memperkasakan mahkamah syariah? Atau kita menumpu kepada penyebab sebetulnya? Dasar yang gagal mengasuh orang Muslim dengan Islam yang rahmah, kelemahan institusi keluarga Islam, permusuhan dengan ketamaddunan Islam.
Hanya yang dlihat oleh pelopor2 agenda Islam ialah banyakkan undang2 Islam yang bersifat punitive atau penyiksaan dengan mempercayai penundukan orang Islam, penekanan minda mereka itu kemenangan kepada agenda Islam. Yang dikehendaki ialah tunduk dan patuh kepada golongan tertentu.
Betapa salah nya mereka.

– http://mpraub.blogspot.my/

.