KE MANA NAJIB BERCUTI HUJUNG TAHUN INI?

Selepas Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura yang telah mengambil tindakan dan melakukan penyiasatan berhubung skandal 1MDB, kini Australia dilaporkan menjadi negara keempat yang turut mengambil langkah yang sama.
Menurut laporan The Australian, Polis Persekutuan Australia sedang menyiasat kemungkinan dana 1MDB yang diselewengkan itu mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana rakyat, pemastautin atau firma Australia serta sama ada ia melibatkan perlanggaran undang-undang di negara tersebut.
Apa yang menarik, laporan mengenai langkah Australia itu hanya muncul seminggu selepas Najib Razak dan keluarganya kembali daripada bercuti hujung tahun di negara tersebut.
Jika kita perhatikan, sejak terdedahnya skandal 1MDB dan beberapa negara kemudian diketahui mengambil tindakan berhubung kegiatan penipuan dan penggubahan wang haram berkaitan syarikat pelaburan itu, Najib didapati tidak lagi “berminat” pergi ke negara-negara tersebut.
Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura adalah negara-negara yang sudah tidak lagi dikunjungi Najib dan keluarganya, baik secara rasmi, bercuti mahu pun untuk membeli-belah sejak timbulnya isu 1MDB.
Maka, tidak mengejutkan jika Australia akan menjadi negara terbaru yang akan “dipulaukan” Najib selepas negara itu dilaporkan turut menyiasat 1MDB.
Lalu, ke mana lagi Najib mahu bercuti?
Mungkinkah ke China atau Kazashtan saja?
Tidak memeranjatkan kita jika Najib hanya memilih untuk bercuti di dalam negara saja pada hujung tahun nanti.

1MDB akhirnya membuatkan dunia ini semakin mengecil buat Najib.

– SH

.