KARTUNIS ZUNAR DITAHAN REMAN SEHARI

GEORGETOWN – Mahkamah membenarkan penahanan reman satu hari terhadap kartunis kontroversi, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi tadi.

Petang semalam, Zunar ditahan di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

Kartunis berusia 54 tahun yang turut ditemani peguamnya, RSN Rayer itu ditahan kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Mior Faridalathrash berkata, Zunar ditahan 24 jam untuk siasatan namun jika siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh itu, polis akan memohon reman ke atasnya mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

“Penahanan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

“Siasatan juga akan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya.

Polis turut merampas kesemua lukisan karya Zunar yang dipamerkan di aras 2, Komtar lewat petang kelmarin.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kartunis-zunar-ditahan-reman-sehari-1.591341

SINAR HARIAN

.