KARTUN DALAM FELDA

1. Bila kita tonton cerita kartun dalam TV, kita kena sedia lihat kisah-kisah temberang..contohnya watak tertentu  dah kena hempap dengan sesuatu yang berat, badan dah hancur berkecai, lepas tu boleh hidup balik. Itulah misteri kartun.
2. Bila lihat isu tanah Felda di Jalan Semarak , saya  sorang lah, rasa mcm tonton cerita kartun juga. Mana taknya? Mula-mula kata tanah Felda bernilai jutaan ringgit dah kena pindahmilik kpd sebuah syarikat.
3. Lepas tu, keluar kenyataan Felda tak dapat sesen pun drp transaksi bernilai juta tu.
4. Lepas tu, ada laporan polis. Lepas tu , polis ambil keterangan gn dan keterangan mantan Pengerusi Felda yang diambil paling last diambil sebab katanya dia di luar negara. Tu tak termasuk sebelum ni yang meskipun ada tuduhan skandal lain yang dikaitkan dengan beliau , dia masih dihantar ke SPAD oleh “orang tu”.
5. Lepas tu, timbul berita kata mantan Pengerusi Felda tu sebenarnya dah balik dan ada di Malaya – siap boleh pengerusikan mesyuarat UMNO lagi. Wartawan nampak dia kat Malaya..polis mcm tak nampak je atau sengaja tak nampak..wallahu ‘alam.
6. Ya beliau akhirnya dipanggil juga..isunya bukan dia dipanggil juga akhirnya, tapi kenapa dia boleh tak dipanggil lebih awal dari tu dalam keadaan dia ada kat dlm negara..itu isunya , tapi itulah kartunnya.
7. Yang terbaru kata tanah tu dah dipindahmilik semula kpd Felda semula tanpa kos..ini lagi kartun.
8 Yang lagi best kartunnya , meskipun dlm Akta kata transaksi yang “dubious” tu perlu dapat persetujuan menteri yang jaga Felda- MO1 lah , Pengerusi Felda yang sekarang kata PM tak terlibat ( ikut laporan media lah)
9.Meskipun dikatakan MO1 tak terlibat ,tapi itu bukan bermakna dia tak perlu bertanggungjawab. Bila melibatkan kuasa dia utk “approve” ( termasuk kuasa utk tak approve lah ), isu dia terlibat atau tidak , bagi saya, dah tak relevan.
10. Jika dia approve pun dia bertanggungjawab, jika dia tak approve pun dia kena juga bertanggungjawab. Sebab macam mana dlm keadaan dia tak approve benda tu boleh diteruskan juga..awat dia tak tahu? Dia buat apa selama ni?
Patutnya polis kena juga panggil dia untuk bagi keterangan. Tapi dlm cerita kartun saya rasa bukan polis yang akan panggil dia , silap haribulan polis pula yang kena dipanggil oleh dia.. Kan cerita kartun.mesti ada unsur humour!
11. Lagi satu MO1 yang lantik mantan Pengerusi Felda tu..so dia tak boleh lari daripada tanggungjawab juga. Jika tak dari segi legal sekalipun, paling kurang dari segi politik atau moral.Kalau dia masih ada moral lagi lah.
Tu lah cerita kartun..saya harap isu Felda ni bukan cerita kartun lah YB JB.
Mohd Hanipa Maidin

Ahli Parlimen Sepang.

– http://shahbudindotcom.blogspot.ae

.