‘KALAU UMNO HILANG KUASA KALI NI HABISLAH’

SIK – “Kalau kita (Umno ) hilang kuasa kali ni habislah,” kata Adun Belantik, Datuk Mohd Tajudin Adullah.

Menurutnya, rakyat diminta memastikan kemenangan pada PRU-14 kekal milik BN selain perlu mengambil iktibar daripada konflik yang berlaku di Timur Tengah.

“Tuan-tuan tengoklah apa yang berlaku di Syria, Palestin dan Rohingya. Mereka di sana terpaksa lari menyelamatkan diri. Sedih kita tengok,” katanya dalam ucapan karnival My hinggaQmNega di perkarangan Pasaraya De’ Lima Sik, hari ini.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah berkata, selama ini hanya BN bertungkus lumus membantu rakyat dan bukannya parti lain.

– Sinar Harian

.