KALAU KELANTAN BOLEH, PUTRAJAYA APATAH LAGI

SHAH ALAM – Pas mampu mengurus Kelantan dengan baik walaupun negeri itu tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Naib Presiden Pas, Dr Idris Ahmad berkata, pengurusan tersebut adalah kerana pentadbiran yang tulus serta pembinaan modal insan yang berjaya.

“Pas sudah mentadbir Kelantan selama 27 tahun. Walaupun kita hanya bergantung pada cukai tanah, pintu dan balak tetapi kerajaan negeri mampu mentadbir dengn baik.

“Bajet tahunan Kelantan hanya RM600 juta sahaja, mungkin antara terendah berbanding negeri-negeri yang lain, tetapi Pas banyak lakukan usahasama dengan syarikat-syarikat swasta,” katanya pada sesi dialog Munaqasyah Rakyat Pas di Dewan Bankuet MBSA Shah Alam Selangor Darul Ehsan, hari ini.

Beliau berkata, dengan bajet sebegitu, sudah boleh mentadbir dengan baik, apatah lagi untuk mentadbir Putrajaya.

“Kejayaan Kelantan ini adalah kerana kita modal insan yang dibina.

“Tak guna kalau ada harta tapi tak ada ‘manusia’,” katanya.

– SH

.