KALAU IDEA TUN MAHATHIR SUDAH LAPUK, APA PULA IDEA SEGAR SALLEH?

Banyak idea Tun Mahathir Mohamad mengenai bagaimana sesuatu perkara itu perlu dilakukan dikatakan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi berkesan.
Dalam lain perkataan, banyak idea beliau dianggap sudah lapuk sebenarnya.
Selain itu, Tun Mahathir juga dinasihatkan agar meningkatkan pengetahuan bagaimana sesuatu perkara itu dilakukan serta memahami maksud globalisasi.
Wowww…mesti yang berkata demikian jauh lebih hebat berbanding Tun Mahathir.
Siapakah orangnya? Tidak lain yang berkata sebegitu ialah Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Sebagaimana yang kita semua tidak mampu nafikan, idea-idea Tun Mahathir bukan saja cemerlang ketika beliau berkuasa selama 22 tahun dahulu, bahkan wibawanya masih kekal disanjung dunia sehingga sekarang.
Tidak perlu disebutkan apa idea-idea tersebut dan bagaimana ia akhirnya mampu dilaksanakan, baik mengenai pembangunan, mengangkat imej negara, pelaburan asing, membina jatidiri bangsa, berlawan dengan kuasa-kuasa besar, globalisasi dan macam-macam lagi.
Semuanya ada terbentang di depan mata kita serta boleh disemak di mana-mana arkib untuk dijadikan rujukan.
Tetapi, bagi Salleh yang mengatakan idea Tun Mahathir sudah lapuk, ketinggalan zaman dan tidak lagi berkesan itu, apa pula idea segar yang pernah dimilikinya?
Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah sebelum ini dan sekarang, hasil pengampuan terhadap Najib Razak, dapat pula menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia, ada sesiapa yang masih ingat apa ideanya yang boleh kita banggakan serta boleh dikenang untuk generasi akan datang?
Ada sesiapa boleh memberitahu sekurang-kurangnya satu idea hebat lagi segar yang pernah dicetuskan oleh Salleh selama ini?

Atau berlapuk dengan mengampu juga merupakan suatu kebanggaan?

– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

.