KALAU BEGITU, SEMPENA TAHUN MELAWAT PAHANG, WAJARLAH TUN M DIBAWA BERDEBAT DI PEKAN

Menurut kata Nazri Aziz, debat antara beliau dengan Tun Mahathir Mohamad pada 25 Mac ini berupaya meningkatkan kedatangan pelancong ke Padang Rengas, Perak.
Kata beliau, kesediannya menyahut debat itu akan menyebabkan ramai yang ingin datang ke Padang Rengas dan membelanjakan wang mereka,  malah sebahagiannya mungkin juga akan bermalam di situ.
Oleh itu, tambah beliau, debat itu akan mendatangkan kebaikan untuk industri pelancongan di Padang Rengas.
Aduhh…ke situ pulak melencongnya Nazri ini!!
Tetapi, secara tidak langsung juga pengakuan itu menunjukkan yang mampu merangsang kedatangan pelancong ialah Tun Mahathir dan bukannya Nazri sendiri.
Ini kerana Nazri sudah menjadi wakil rakyat Padang Rengas sejak lima penggal yang lalu, namun baru hari ini melalui cabaran Tun Mahathir untuk berdebat dengannya, beliau menyedari ia memberi rahmat kepada industri pelancongan di kawasan yang diwakilinya.
Maknanya, selama ini tiada apa-apa yang mampu merangsang kedatangan orangramai ke Padang Rengas, meskipun Nazri sebagai Menteri Pelancongan Kebudayaan adalah wakil rakyat selama berpenggal-penggal di situ.
Oleh yang demikian, memandangkan Tahun 2017 adalah Tahun Melawat Pahang dan sambutannya sehingga ini pun terlihat agak suam-suam suku, Nazri sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap industri pelancongan seharusnya mencadangkan pula agar Tun Mahathir mengadakan debat besar-besaran di Pahang.
Tempat pilihan yang sebaiknya adalah di Pekan dan lawan debatnya yang paling afdal tentu saja Ahli Parlimen Pekan yang dalam masa yang sama sellau menggelarkan dirinya sebagai Pahlawan Bugis.
Kalau berdebat dengan Nazri pun mampu meningkatkan kedatangan pelancong ke Padang Rengas, tentu berkali ganda lagi ramai pelancong yang akan datang ke negeri Pahang  jika Pahlawan Bugis sedia untuk berdebat dengan Tun Mahathir.

Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob pasti akan turut gembira jika Nazri dapat menjayakannya.

– http://shahbudindotcom.blogspot.my

.