KAJIAN JOHOR MAHU SEKOLAH ALIRAN INGGERIS TEPATI PIAWAIAN AKADEMIK, KATA MERDEKA CENTER

KAJIAN ISEAS-Yusof Ishak Institute di Singapura yang mendapati 82% responden menyokong sekolah aliran Inggeris menepati piawaian akademik, kata Merdeka Center.

Pengarahnya, Ibrahim Suffian mempertahankan kajian yang dikendalikan pihaknya menegaskan kajian tersebut menggambarkan kehendak rakyat Johor dan dibuat secara menyeluruh.

“Kajian tersebut mencerminkan pandangan majoriti rakyat. Metodologi kajian menepati piawaian akademik,”

“Kajian meliputi agihan (distribution) penduduk negeri Johor. Maklumat lanjut perlu didapatkan daripada ISEAS,” katanya kepada The Malaysian Insight melalui aplikasi WhatApp.

Ibrahim merujuk laporan aktivitis bahasa Melayu yang mempersoalkan integriti kajiantersebut kerana dilihat tidak menyeluruh dan didakwa tidak jelas.

Bekas penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI, Prof Dr Shaharir Mohamad Zain mempersoalkan integriti kajian tersebut kerana tidak jelas memberikan peratusan kawasan dalam dan luar bandar selain peratusan responden Melayu tidak mencapai 60 peratus.

“Kajian itu tidak menunjukkan peratusan masyarakat bandar dan luar bandar. Kalau dia buat di sekitar Johor Baru misalnya, ia tidak bermakna menggambarkan kehendak rakyat Johor,

“Dan kenapa hanya 55% kaum Melayu sahaja? Sepatutnya sekurang-kurangnya 60% Melayu,” soal Dr Shaharir.

Kaji selidik itu dijalankan sekitar Mei dan Jun lalu, merangkumi 2,011 responden berumur 18 tahun ke atas yang tinggal di Johor dan ditemuramah melalui telefon.

Mereka yang ditemuramah meliputi 1,104 (55%) responden Melayu, 758 (38%) Cina dan 149 (7%) India.

Di laman web rasmi Merdeka Center, menjelaskan institusi itu menjalankan kajian melalui temubual telefon kerana terbukti tepat.

Ia juga salah satu kaedah yang sesuai bagi menjaga privasi responden lebih-lebih lagi untuk kajian yang sensitif.

Hasil kaedah tersebut juga dapat diperolehi dengan pantas dan tidak menelan banyak kos selain punyai sasaran tertentu.

Merdeka Center ialah anggota WAPOR (World Association for Public Opinion Research) sejak Januari 2017.

– https://www.themalaysianinsight.com

.