JONG-UN BANGGA, PUJI LATIHAN PELURU BERPANDU LANCAR

SEOUL – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyelia latihan serangan dan memberi arahan pelancaran empat peluru berpandu ke atas pangkalan Amerika Syarikat di Jepun pada Isnin.

Agensi berita KCNA memetik pegawai Pyongyang yang turut memberitahu pemimpin tertinggi negara itu juga berpuas hati dengan latihan berkenaan.

“Dia merasa megah melihat kumpulan asap dari peluru berpandu balistik.

“Jong-un memuji Unit Artileri Hwasong, yang melancarkan peluru berkenan,” kata KCNA.
Tambah KCNA lagi, Jong-un menganggap, semua peluru berpandu balistik yang dilancarkan serentak itu tepat seolah-olah ia kelihatan seperti formasi kumpulan akrobatik terbang.

Menurut agensi berita itu, unit tentera yang terbabit ‘ditugaskan untuk menyerang pangkalan angkatan perang imperialis AS di Jepun secara luar jangka’.

Mengikut resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pyongyang disekat dari menggunakan sebarang teknologi peluru berpandu balistik.

– AFP

.