JOBSTREET: GAJI PERMULAAN SISWAZAH RM2,200 TAK MENCUKUPI

Gaji permulaan di kalangan graduan yang rendah menjadi salah satu sebab kepada penghijrahan rakyat berkemahiran tinggi ke luar negara di Malaysia, kata eksekutif laman web pekerjaan, Jobstreet.

Pengurus Negara Jobstreet Malaysia dan Singapura, Chook Yuh Yng berkata, siswazah tempatan menjangkakan gaji permulaan yang melangkaui kemampuan tawaran majikan sehingga menyebabkan lebih 20,000 graduan menganggur di pasaran pada masa ini.

Purata gaji yang ditawarkan kepada graduan baru adalah RM2,200 tetapi ramai yang meminta lebih daripada RM3,000, katanya kepada pemberita selepas forum mengenai kebolehpasaran siswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Ia mendorong para graduan untuk beralih kepada pasaran pekerjaan di luar negara yang menawarkan ganjaran lebih tinggi, jelasnya.

“Syarikat-syarikat sektor swasta perlu menanda aras prestasi dengan pemain lain bukan sahaja di Malaysia tetapi di tempat lain, ia pasaran global pada masa ini.”
“Kami akan kehilangan ramai (siswazah) jika terus berada pada tahap (gaji) yang rendah ini.

“Para graduan terbaik kita tidak akan mahu kekal di Malaysia jika ia berpanjangan,” katanya sebagai peringatan.

– M’kini

.