JIKA KELANTAN LEBIH BAIK, KENAPA RAMAI PENDUDUKNYA BERADA DI P. PINANG?

PULAU PINANG – Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus mengkritik pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan kali ini dengan membandingkan jumlah penduduk negeri itu yang berada di sini.

Menurut Guan Eng, di negeri ini ketika ini, terdapat ramai penduduk Kelantan (yang bekerja dan berhijrah) di Pulau Pinang tetapi tidak ramai penduduk negeri ini berada di negeri berkenaan.

“Kita lihat di Pulau Pinang ramai rakyat Kelantan, tetapi tidak ramai rakyat Pulau Pinang di Kelantan.
“Sekiranya Kelantan lebih baik dari Pulau Pinang, biarlah rakyat negeri masing-masing yang putuskan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

– UTUSAN ONLINE

.