JENAYAH 1MDB LEBIH BESAR DARI RUUP HAJI HADI

Salam dari Raub.

Saya akan menulis mengenai RUU355 nanti. Pada 6/4/2017, saya harapkan dapat bercakap mengenai nya di parlimen hari itu. Saya yang tidak pandai ini adalah salah seorang wakil dari DAP yang dijadual berucap. Saya ada beberapa pandangan mengenai RUUP Hj Hadi. Tapi speaker mempunyai rencana lain.

Dia kata kalau dia tidak guna kuasa yang dia ada, dia seorang bloody fool. Rupa2 nya kuasa itu diguna untuk menyekat pembahas dari PKR, Amanah, DAP bercakap.

Bencana 1MDB lagi besar dari RUUP Hj Hadi.

1MDB dan pencurian dari nya adalah isu yang lebih besar dari RUUP Haji Hadi. Saya berpendapat usaha Hj Hadi itu sia2 sahaja sebab kerja meminda akta ialah kerja kerajaan yang memerintah hari ini. Ianya boleh dilakukan melalui peraturan mesyuarat 48. Orang puteh bilang- give haji hadi a rope long enough, he will hang himself.

Haji Hadi bukan kerajaan-usul nya akan jadi bacaan pertama apabila siap dibahas dan kemudian di putuskan melalui undian. Jika di terima, maka usul menjadi bacaan pertama. Setelah itu ia diambil alih oleh kerajaan. Tugas haji hadi ialah sebagai despatcher sahaja. Setelah serah dan dapat tanda tangan boleh balik.  Jika kalah undian, maka usul itu mati disitu sahaja. Mungkinkah ini trick Najib pada Haji Hadi?

Dari sejak 1MDB muncul, tidak ada seorang MP PAS pun bercakap mengenai ini. Adakah perkara menegakkan kebenaran dan keadilan tidak diutamakan? Membisu, bererti pencurian lebih dari RM23 billion oleh Najib dan geng nya direstui oleh geng agamawan.

Sebaliknya mereka sibuk mengenai RUUP yang mencetuskan perkelahian dan ketegangan. Golongan agamawan ada yang mengkafirkan orang lain, menuduh murtad, tergelincir aqidah dan tidak boleh dikebumikan ditanah perkuburan Islam. Itulah dia suara2 kebencian dan dahagakan darah keatas orang yang enggan menerima pendekatan golongan sebahagian agamawan.

Kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak yang tidak ada budaya agama itu, menunjukkan kebaculan sebagai pemimpin. Dia enggan mengambil tindakan tegas menyekat tendensi pelampau dan ekstremis dan membenam suara2 kebencian. Sikap demikian dipilih kerana dia mementingkan keuntungan politik peribadi dan kepentingan awam.  Mengkafir-harbikan orang lain ialah seruan membunuh orang lain. Ianya ancam bunuh.

Benarlah kata Al Quran bahawa Dia jadikanpembesar2 jahat dalam negara supaya mereka melakukan tipu daya. Tapi sebetulnya mereka tipu  menipu satu sama lain. UMNO tipu PAS dan PAS tipu UMNO.

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَابِرَ مُجْرِمِيهَا لِيَمْكُرُوا فِيهَا ۖ وَمَا يَمْكُرُونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

Dan demikianlah dalam setiap negeri itu kami jadikan pembesar2 yang jahat agar berkomplot dan melakukan tipu daya dialam nya. Tapi mereka berkomplot keatas sama sendiri tanpa menyedari nya.

وَكَذَٰلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan demikianlah kami jadikan sebahagian orang2 zalim bertemankan dengan sesamanya dengan apa yang mereka kerjakan.

Surah Al An’am ayat 123, 129.

Isu pimpinan negara yang memusnahkan negara tidak di pedulikan. Angkara durjana dan kemungkaran diabsahkan dengan tuntutan bahawa selagi tidak ada  4 saksi melihat pencurian itu berlaku, tidak ada jenayah yang berlaku. Tidak ada orang melihat Jho Low ambil wang, Casey Tang dan Jasmine loo, Qubaisi, Badawy, Tarek Obaid, dan ramai lagi. Dan tidak ada orang melihat Najib ambil itu wang. Tidak ada jenayah. Mana ada?

Bila orang agama bersikap begini, dimana kredibiliti mereka? Keengganan menyatakan kebenaran memusnahkan kredibiliti orang agama. Bagaimana kita yakin mereka akan mentadbir negara dan negeri dengan undang2 syariah? Orang besar mereka tutup mata, orang kecil mereka ganasi.

Demikianlah sikap sebahagian golongan agamawan yang lebih menyukai menegakkan ketuanan Islam dari hendak cakap mengenai isu yang jangan dulupakan oleh rakyat Malaysia. Iaitu rompakan keatas 1MDB.

Ingat, 1MDB itu sebetulnya jentera mencuri milik Najib.

Ada setengah orang kata, apa pasal kita mahu cerita hal2 lama? Ianya macam rekod rosak. Semua orang faham lah. Maka jawapan saya begini- tidak semua orang , cakap sekali ingat semua. Pengalaman saya ialah perkara seperti ini mesti diulangi.

Saya teringat kata2 seorang pemenang Nobel dalam bidang economics, Milton Friedman yang kata bahawa kemenangan kebenaran keatas kemungkaran, mesti di ulang berkali kali. Kita mesti mengulangi kemenangan keatas kemungkaran dan kezaliman.

Quran menyatakan bahawa perang keatas kezaliman ialah perang yang berterusan. Maka kalau kita seharian mengistiharkan sibghah Allah mewarnai kehidupan kita, janganlah kita melupakan jenayah yang dilakukan.

Jadi, kalau ada orang hendak kata ini rekod rosak tidak mengapa. Kita mainkan rekod lama dan rosak untuk memperdengarkan cerita perompakan oleh Najib dan geng2 nya.

Berapa yang dicuri oleh Najib dan  geng nya?
Mengenai 1MDB, focus kata ialah keatas jenayah merompak dan mencuri wang dari 1MDB. Berapa banyak yang dicuri?

Saya membaca nota2 dan tulisan yang ada. Dari lapuran DOJ, kita tahu USD3.5 billion dicuri. Tapi itu hanya duit yang masuk dan melalui system kewangan USA. Sekitar USD3.5 billion= RM15 billion pada kadar pertukaran USD1=RM4.4.
Saya rasa jumlah wang yang dicuri melebihi RM15 billion.

Wang curi yang tidak melalui system kewangan USA macam mana? Maka pencurian yang berlaku melebihi RM15 billion. Berapa? Berapa?

Dalam kalangan perompak, yang dapat lion’s share mesti lah boss. Dan bossman ialah Najib Tun Razak. Tentu dia dapat sekurang kurang 50% dari jumlah yang dicuri. Itu lojik. Kalau orang Pekan baca perkara ini, takkanlah Najib dapat kurang dar Encik Daud dari kampong Sawah.

Kalau kita taruh dalam jadual 1: sumber2 darimana pencurian berlaku ianya adalah seperti berikut. Saya hanya megambil kira sumber2 yang boleh dicuri. Ini hanya melibatkan bon yang diterbitkan oleh Goldman Sachs, bon terbitanIslamic Medium Tern notes, pinjaman dari bank, kemudahan kredit dan sebagainya.
Ia tidak termasuk lah faedah yang kena dibayar . juga tidak saya masukkan gerenti USD6.5 billion keatas bon yang diterbitkan oleh Goldman Sachs.Aliran keluar ini bukan pencurian kecuali yuran yang dibayar kepada Goldman Sachsdiluar amalam biasa. Sebahagian darii yuran ini boleh dianggap pencurian juga.

Itu saya kira sebagai pembayaran keluar dan akan dihitung jika saya mahu nyatakan jumlah hutang dan tanggungan. Saya hanya mahu nyatakan sumber2 yang boleh dicuri iaitu wang masuk kedalam akaun 1MDB. Berapa masuk, berapa keluar.

JADUAL 1: SUMBER2 PENCURIAN.

sumber Nilai(RM bilion
Goldman Sachs 28.6
KWAP 4.00
Lain2 22.13
Derivatves 4.10
Jumlah 58.83

Dari jadual diatas, sekurang duit terkumpulsebanyak RM58 bllion boleh dirompak. Sebentar lagi dalam jadual 2, kita lihat banyak mana di sapu tanpa belas kasihan oleh penyamun yang diketuai oleh Najib Razak.

Perkara ini lansung tidak dipedulikan oleh penegak2 Ketuanan Islam. Saya harap tidak adawa halalun kalau kongsi sama, wa haramun kalau makan sorang.

Kita akan lihat pendedahan Husam Musa mengenai wang yang masuk dalam akaun PAS. Kita juga menanti pendedahan Rafizi Ramli menggenai wang yang diterima oleh seorang pemimpin PAS.
Bahagian yang tidak dicuri kekal sebagai hutang. Kita boleh lah marah sebab Najib mendedahkan kita kepada hutang. Tetapi keatas wang yang dicuri tidak mencukupi hanya dengan marah. Ia nya mesti dihukum. Kita mesti menzahirkan kebencian yang amat sangat terhadap mereka yang menggunakan kedudukan awam merompak wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Itulah yang dilakukan oleh Najib dan  direstui pula oleh geng ketuanan Islam.

Fakta nya ialah: Najib curi duit dari 1MDB. Shahrol Halmi membantu dia dalam hal ini. Casey Tang dan Jasmine Loo pun curi duit 1MDB. Jho Low curi duit. Mungkin dia juga front untuk Najib dan keluarga Najib.  Riza Aziz pun ambil duit curi. Al Qubaisi dan Badawy curi duit kita. Eric Tan alias Jho Low pun curi duit. Tarek Obaid curi duit.

Apa kita lakukan kepada yang mencuri? Tidak ada pun tindakan. Bahkan Najib melindungi mereka. Yang curi tin sardin pun kena hukum berat. Maka yang mencuri duit dari 1MDB berbilion Ringgit mesti dihukum oleh kita. Maka mengikut hukum syariah, adakah kita potong tangan2 mereka ini?

Saya hendak tahu dari Ustaz Hadi- bagaimana hukuman Islam keatas pencurian dan rompakan seperti dengan 1MDB. Adakah kita membisu kepada nya? Keadilan apa ini?

Saya telah nyatakan beberapa kali( saya sendiri dah hilang membilang) bahawa 1MDB adalah mesyin ATM bagi perompak dan penyamun yang diketuai oleh Najib Tun Razak. 1MDB ialah enjin mencuri wang seperti juga kebanyakan( jika tidak semua) GLC2 dalam negara kita. Setiap GLC menyalurkan sejumlah wang, mungkin setiap bulan kepada mereka yang berkuasa. Sebab itulah UMNO mahu control semua GLC2. Seperti juga setiap kenderaan tujuan special( SPV) adalah jentera untuk mencuri wang.

Mencuri wang dari ejensi2 ini sudah menjadi keperangaian kedua oleh sesiapa yang pegang kuasa dari BN. Najib yang pegang kuasa yang terbesar, tentulah dia penerima imbuhan yang paling besar.

Musibah kewangan dihadapan kita ialah pencurian wang dari dana awam( 1MDB). Perbuatan itu adalah suatu jenayah. Concern kita ialah, perbuatan yang tidak bertanggung jawab ini tidak boleh dbiarkan begitu sahaja. Ianya mesti dihukum dan cara menghukumnya ialah dengan semua rakyat jenerasi ini, menunjukkan rasa kebencian dan penolakan yang paling kuat. Rasa revulsion dan penolakan itu ialah dengan membuang Najib dan parti nya dari memerintah kerajaan.

Tanggungjawab kita ialah membetulkan jenayah ini dan menghantar isyarat kita tidak mahu pemimpin seperti Najib menjadi ketua Negara.

Kita tanya diri kita, jika benar kita seorang Muslim yang mendukung cita2 wasathiyah dan mengistiharkan kita diwarnai oleh Sibghah Allah, bagaimana kedudukan moral kita, pegangan nilai kita kepada wang yang terang2 dicuri?
Jho Low curi USD1.03 billion. Pak Arab curi USD1.37 billion. Pada perigkat Tanore Finance, USD1.26 billion dicuri. Dalam setiap fasa ini, Najib menerima wang pencurian. Najib PM kita mendhobi sejumlah wang yang dicuri.

Kita akan kena bayar cukai yang lebih tinggi. Kita kena diam bila Najib jual asset negara- untuk dapat duit tutup lubang yang dia gali. Mungkin GST akan     dinaikkan lebih dari 6%.

Yang tidak boleh lari ialah pengguna seperti kita yang kena belanja menyara hidup. Orang Melayu kena bayar ‘hutang’ yang Najib buat melalui menanggung kos kehdupan yang meningkat dengan pantas nya. Langkah2 melegakan tanggungan ini seperti bantuan kebajikan, bantuan baitulmal dan lain2 ejensi kebaikan adalah ubatan sementara. Pembayaran2 ini semua akan kering, bila perbendaharaan Malaysia terus dirompak oleh penyamun2 yang diketuai oleh Najib Tun Razak.

Rakyat akan hukum UMNO kerana ahli UMNO gagal memilih pemimpin yang membela negara. Anak2 orang UMNO seperti anak2 orang bukan UMNO akan mewarisi suatu dunia yang telah dimusnahkan oleh seorang PM yang bernama Najib Tun Razak dan gerombolan perompak nya. Bahtera yang dikemudi Najib dipenuhi dengan menteri2 yang sama rasuah, pegawai kerajaan yang sombong dan berlagak dengan duit yang dicuri dari kantong awam dengan pelbagai cara.

Butiran mengenai kemana wang 1MDB dihilangkan boleh pembaca lihat dalam blogDonplaypuks. Saya tidak dapat memindahkan jadual tersebut kedalam blog saya. Sila guna proxy unblocker untuk membaca artikel2 Donplaypuks. Ia nya suatu blog yang sangat baik dari segi sarat dengan maklumat2.

Saya telah membuat adaptasi dari beberapa tulisan untuk memberi gambaran berapa banyak wang yang telah dicuri oleh Najib dan geng nya.Sekitar RM24 billion.

Jadual 2: kemana wang itu pergi

Pencuri2 Jumlah dicuri dari bon terbtan Godman Sachs= USD 6.5 billion( USD million) Jumlah dicuri dari bon Islam

RM5 billion

(RM juta)

Dari  KWAP= RM4 billion

(RM juta)

Jumlah dlm RM
Jho low dan rakan2 2,249 2,310
Najib Razak 681 1,197
Riza Aziz 238
Qubaisy , Husseini 473
Husseini badawy 67 2,739
Pak arab prince turky 4.0
Casey tang, jasmine loo 5
Golman Sachs* 268
Lain2 119
Jumlah 4,033 5,053 1197 23,995

*Goldman Sachs telah bantai yuran yang terlalu tinggi. Saya hitungkan pada kadar 5% keatas USD6500 billion. Mereka telah caj USD593 juta untuk yuran. Ini terlalu tinggi. Kadar RM terkinii ialah 1USD=RM4.4.

Bererti dari jadual 2, paling kurang Najib dan geng penyamun sudah merompak RM24 billion duit dari 1MDB.

Maka kita tanya Najib dan geng ketuanan Islam tolong jawab juga:

  1. macam mana RM24 billion mahu diganti?
  2. apakah projek2 BN yang Najib mahu inflate kos nya untuk mengambus wang yang dicuri? ECRL? Pan Borneo Expressway? KL-Singapore HSL? Rapid Johor?
  3. ini semua jenayah. Siapa yang patut kita jel? Tentu nya ia mesti bermula dengan Najib terlebih dahulu. Sebab dia ketua.
  4. saya taya sekali lagi, mengapakah tidak seorang pun dari pencuri2 ini didakwa dalam mahkamah Malaysia? Apa yang menyekat untuk membawa pulang Jho Low, Shahrol Halmi, Nik Faisal Arif Kamil, Dato Subuh, Casey Tang, Jasmime Loo? Bagaimana dengan Ismee Ismail, Lodin Wok, Arul Kanda, Dr. Irwan Serigar Abdullah dan KSN Ali Hamsa?

Kita indict semua lembaga pengarah 1MDB barulah kebenaran boleh menang keatas kemungkaran. Jangan kamu ingat kamu boleh lari.http://sakmongkol.blogspot.my/