Jeff Ooi tampil beri keterangan

GEORGETOWN – Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun tiba di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) tiba di 2.40 petang tadi untuk memberi keterangan berhubung kenyataan (posting) biadab di Twitternya berhubung pemergian tokoh agama terkenal, Allahyarham Datuk Haron Din.

Chuan Aun atau lebih dikenali sebagai Jeff Ooi tiba bersama peguamnya, RSN Rayer.

Jumaat lalu, Jeff Ooi didapati menulis ‘Adios Harun Din. Let there be peace’ di Twitternya yang mendapati kritikan hebat pelbagai pihak. – Sinar Harian

.