JANGAN TAK TAHU, NAJIB PUN NAK MERASA JADI PERDANA MENTERI 22 TAHUN JUGAK!!

Satu demi satu pemimpin UMNO tampil membidas cadangan Mukhriz Mahathir berkenaan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri hanya untuk dua penggal saja.
Mula-mula Hishammuddin Hussein membangkitkan persoalan mengapa Mukhriz tidak melontarkan idea itu ketika bapanya sedang berkuasa dahulu, tanpa beliau sedar bahawa bekas Menteri Besar Kedah itu sebenarnya hanya aktif dalam politik setelah Tun Mahathir berundur sebagai Perdana Menteri.
Memang “ke laut”  hujah sepupu Najib Razak itu.
Hari ini, Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa pula mengatakan cadangan itu hanya untuk meraih sokongan semata-mata dan tidak berhak dipaksa kepada parti-parti lain.
Lagi “ke laut”  kata-kata Annuar ini.
Kesian Annuar Musa…agaknya beliau tak cukup faham dengan intipati sebenar apa yang diperkatakan oleh Mukhriz itu.
Mukhriz dengan jelas menyebut bahawa cadangan dua penggal tempoh perkhidmatan Perdana Menteri itu akan dilaksanakan sekiranya PPBM bersama Pakatan Harapan dapat mengambil alih pentadbiran negara dalam PRU 14 akan datang.
Maka, ia memang tidak ada kena mengena dengan UMNO dan BN atau mana-mana parti lain. Tidak ada dicadangkan sama sekali oleh Mukhriz agar UMNO turut melaksanakan peraturan tersebut.
Kalau cadangan itu hanya untuk PPBM dan Pakatan Harapan, kenapa Annuar mesti terasa hati?
Ohhh…rupa-rupanya Najib pun ada hati nak jadi Perdana Menteri selama 22 tahun juga!!
Patutlah tak setuju!!
Maknanya, Hishammuddin dan Annuar  tidak setuju dan awal-awal meluahkan serangan terhadap Mukhriz berikutan cadangan itu kerana ingin memenuhi impian Najib memerintah negara selama 22 tahun.
Kalau S Nallakaruppan kata, 10 tahun lagi Najib boleh jadi seperti Mahatma Ghandi, jadi apa pula agaknya jika diberi peluang sehingga 22 tahun?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my/
.