JANGAN RISAU KEADAAN AYAH: MARINA MAHATHIR

SHAH ALAM – Datin Paduka Marina Mahathir memberitahu kesihatan ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam keadaan baik.

Marina memaklumkan perkara itu melalui laman Facebooknya, hari ini.

“Jangan risau, ayah dalam keadaan baik. Hanya perlu berehat dan akan kembali untuk tugasnya,” katanya ringkas.

Marina memuat naik gambar bersama ayahnya di laman Facebook.

Semalam, Mahathir 92, telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan IJN hari ini, Pengerusi Bersatu itu melakukan pemeriksaan jangkitan kuman akibat batuk yang dihidapinya.

“Mahathir dijangka akan menerima rawatan beberapa hari di institute perubatan ini. Setakat ini hanyalah keluarga terdekat dibenarkan melawat,” katanya.

– Sinar Harian

.