JANGAN PUTUS ASA ANWAR JADI PM, AZIZAH RUJUK KES MANDELA

Pakatan Harapan tidak akan berputus asa untuk mengangkat bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri walaupun beliau kalah dalam rayuan kedua sabitan kes liwatnya.

“Apa yang tidak, jangan sesekali katakan tidak,” kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah isterinya pada sidang media hari ini.

Beliau ditanya sama ada Pakatan Harapan menerima hakikat Anwar tidak akan menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang susulan gabungan pembangkang bakal berbincang mengenai calon perdana menteri pada mesyuarat mereka.

Beliau kemudian menyamakan isu Anwar dengan mendiang Nelson Mandela yang menjadi presiden Afrika Selatan selepas 27 tahun meringkuk dalam penjara.
“Mandela jadi presiden…” katanya sambil menambah pembangkang akan membincangkan calon perdana menteri sementara.

Mengulas lanjut, Ketua Penerangan Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad berkata, mereka akan berbincang mengenai calon perdana menteri sementara sehingga Anwar dibebaskan dan layak untuk menerajui negara.

– M’kini

.