JANGAN HANYA SATU KAJIAN PRU14: ZAMBRY

IPOH – Semua pihak boleh membuat kajian dan analisis khususnya melibatkan sokongan rakyat pada PRU14.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihak yang melaksanakan kajian berkenaan juga boleh mempamerkan analisis berkenaan.

Menurutnya, bagaimanapun analisis berkenaan tidak boleh dilakukan berdasarkan satu kajian sahaja.

“Kebiasaan apabila tiba pilihan raya akan timbul pelbagai kajian dan kesimpulan berdasarkan kepada kajian mereka tersendiri.

“Saya tidak mahu fokus pada sebarang kajian kerana kajian adalah satu kaedah, bukannya pergi bertanya semua pihak.  Saya sendiri sebagai ahli akademik mampu menilai kajian tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, hari ini.

– Sinar Harian

.